Saturday 25 February 2012

Wudhuk...


Tahukah anda, salah satu daripada syarat sah sembahyang adalah wudhuk? Yes, wudhuk. Semua dah sedia maklum bukan? Tanpa wudhuk, maka tidak sah solat kita. Tapi, tahukah anda? wudhuk yang diambil secara sambil lewa atau dengan bahasa mudahnya saya boleh spesifikkan kepada, berwudhuk dengan sekadar wudhuk (berwudhuk secara laju) juga boleh menyebabkan wudhuk kita tidak sempurna. Dan tahukah anda? setiap wudhuk yang diambil dengan sempurna, setiap air yang menitis daripada anggota badan setelah selesai wudhuk itu adalah penghapus setiap dosa-dosa kita dan dengan wudhuk yang sempurna, Inshaa-Allah kita akan mendapat kekhusyukkan sewaktu menunaikan solat. Sebab tu la, sebaik-baiknya wudhuk kita ambil secara perlahan dan sempurna. 


Saya nak share sedikit apa yang saya selalu amalkan sejak dua tahun lepas setiap kali berwudhuk, info ni saya dapat daripada salah sorang sahabat saya di Facebook.





1. Mula dengan lafaz basmallah dan basuh sebanyak 3 kali seperti biasa.

2. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
    • Kenapa? Kerana mulut dan lidah kita tiap-tiap hari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah. Astaghfirullahalazim..

3. Membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 
    • Kenapa? Kerana Ahli Syurga wajahnya putih berseri-seri. Masha'Allah..

4. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 
    • Kenapa? Kerana ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

5. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 
    • Kenapa? Kerana ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

6. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 
    • Kenapa? Kerana panasnya di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala. AllahuRabbi..

7. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". 
    • Kenapa? Kerana tiap-tiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. 

8. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 
    • Kenapa? Kerana ahli syurga melintasi titian sirat dengan pantas sekali. Masha'Allah..
9. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
    • Kenapa? Kerana Qada' dan Qhadar kita semuanya di tangan Allah swt.

10. Setelah selesai, bacalah doa selepas wudhuk sebagaimana adab dalam berwudhuk.


Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat bagi yang membaca dan yang mengamalkannya. Biiznillah =]



with 
AzureenHalim


2 comments:

  1. thanks 4 sharing.kdg perkara mcm inilah orang nmpk remeh..tk fhm ape sbnrnye kelebihan berwuduk tu.huhu

    ReplyDelete