Saturday 25 February 2012

Wudhuk...


Tahukah anda, salah satu daripada syarat sah sembahyang adalah wudhuk? Yes, wudhuk. Semua dah sedia maklum bukan? Tanpa wudhuk, maka tidak sah solat kita. Tapi, tahukah anda? wudhuk yang diambil secara sambil lewa atau dengan bahasa mudahnya saya boleh spesifikkan kepada, berwudhuk dengan sekadar wudhuk (berwudhuk secara laju) juga boleh menyebabkan wudhuk kita tidak sempurna. Dan tahukah anda? setiap wudhuk yang diambil dengan sempurna, setiap air yang menitis daripada anggota badan setelah selesai wudhuk itu adalah penghapus setiap dosa-dosa kita dan dengan wudhuk yang sempurna, Inshaa-Allah kita akan mendapat kekhusyukkan sewaktu menunaikan solat. Sebab tu la, sebaik-baiknya wudhuk kita ambil secara perlahan dan sempurna. 


Saya nak share sedikit apa yang saya selalu amalkan sejak dua tahun lepas setiap kali berwudhuk, info ni saya dapat daripada salah sorang sahabat saya di Facebook.





1. Mula dengan lafaz basmallah dan basuh sebanyak 3 kali seperti biasa.

2. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
    • Kenapa? Kerana mulut dan lidah kita tiap-tiap hari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah. Astaghfirullahalazim..

3. Membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 
    • Kenapa? Kerana Ahli Syurga wajahnya putih berseri-seri. Masha'Allah..

4. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 
    • Kenapa? Kerana ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

5. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 
    • Kenapa? Kerana ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

6. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 
    • Kenapa? Kerana panasnya di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala. AllahuRabbi..

7. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". 
    • Kenapa? Kerana tiap-tiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. 

8. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 
    • Kenapa? Kerana ahli syurga melintasi titian sirat dengan pantas sekali. Masha'Allah..
9. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
    • Kenapa? Kerana Qada' dan Qhadar kita semuanya di tangan Allah swt.

10. Setelah selesai, bacalah doa selepas wudhuk sebagaimana adab dalam berwudhuk.


Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat bagi yang membaca dan yang mengamalkannya. Biiznillah =]



with 
AzureenHalim


Wednesday 22 February 2012

Nur Hidayah #2



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful


Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, saya masih berkelapangan untuk terus update entri baru di ruangan ni. Berkongsi serba sedikit mengenai diri saya. Alhamdulillah, setiap izin dari Allah swt, adalah nikmat yang mana, kita gunakan nikmat itu dengan sebaik mungkin. Ya, saya gunakan nikmat "duduk di rumah selepas tamat diploma" untuk terus berusaha mendekati agama Allah swt. Bukan taknak bekerja atau cari pengalaman kerja sementara dapat offer untuk ke degree, tapi permintaan mama untuk saya duduk di rumah temankan mama sambil-sambil tolong ringankan kerja mama dirumah, saya penuhi. Sebab saya yakin, mungkin Allah swt punya aturan yg lebih baik untuk saya, siapa tahu kan? Inshaa-Allah..


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, dah hampir dua tahun saya teruskan hidup sebagai seorang yang "baru". Bila diingatkan balik perjalan hidup waktu saya mula-mula menerima hidayah Allah swt, saya mulakan dengan "pencarian". Pencarian yang boleh yakinkan saya dengan apa yang saya pilih. Memang susah untuk saya cuba faham dengan sendiri tentang situasi diri yang masih lagi keliru, sedih dan perlukan waktu untuk normalkan semula keadaan hati waktu tu. Ibaratnya, saya seperti lost dengan diri sendiri. Saya lebih banyak diam berbanding sebelumnya. Sedih tanpa punca rasa perasaan ni. Nak diluah, tak yakin nak luah pada siapa. Nak luah pada mama, waktu tu saya di Kuantan, sedang menuntut di semester 3. Jadi, saya simpan sorang-sorang dengan harapan, saya dapat terima keadaan baru dalam diri saya kerana Allah dengan sepenuhnya.


"Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful"


Ya, untuk berubah, kita perlukan jangka waktu yang lama. Untuk kita muhasabah diri, dan untuk kita perbaiki diri. Alhamdulillah.. Allah bantu saya lagi untuk dapatkan jawapan tu. Teringat pada buku ilmiah hidup pertama yang saya beli. Waktu tu, saya dan housemate ke salah satu shopping mall untuk top-up barang-barang keperluan masing-masing. Entah macam mana, waktu saya lalu di salah satu booth jualan yg ada, saya tertarik dengan salah satu buku ilmiah ni. Buku tebal dengan 335 muka surat, saya pegang dan saya beli tanpa saya lihat isi dalamnya. Subhanallah.. Allah gerakkan hati saya dengan yakinnya untuk beli buku tu. Dan syukur pada Allah, buku tu lah yang buat saya makin ikhlas dengan perubahan baru yang Allah berikan pada saya. Jawapan saya terjawab, walaupun tak semuanya. =]




" Terima Kasih Abu Ahmadain al-Muhajiri  untuk terjemahan buku yang sangat membantu =]"



Alhamdulillah, sekarang saya lebih bahagia dengan "diri baru" saya. Walaupun boleh dikatakan, kehidupan dan diri saya sebelum ni bukanlah boleh diketegorikan sebagai teruk. Tapi, kesilapan kerana lalai dan tak menggunakan sepenuhnya waktu yang ada untuk agama sendiri tu yang membuatkan Allah swt lindungi saya daripada terus, dan terus, dan terus lalai.. Tujuan saya berubah bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa saya nak jadi seorang yang baik, bukan untuk jadi seorang yang sempurna dengan meninggalkan sesuatu yang lalai, bukan juga nak riak dengan anugerah hidayah yang Allah beri. Saya juga manusia biasa yang kadang-kadang, ada juga silapnya. Tapi, selagi diberi peluang untuk saya perbaiki, saya gunakan peluang tu sebaik-baiknya, sebab hidup cuma sekali dan hidayah Allah juga cuma sekali dalam hidup, selebihnya cuba usaha untuk terus istiqamah. Inshaa-Allah.. 


Believe me, bila datang keinsafan dalam diri untuk berubah, berdoalah mohon keampunan dan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan izin-Nya, Allah akan bersihkan hati kita and HE will give us the best feeling like "THE NEW YOU". Rasa tenang seolah-olah, what past is past and I'm standing here to start my NEW LIFE, Lillahi Ta'ala.. Inshaa-Allah ^^


"Beruntunglah sesiapa manfaatkan hidayah dariNYA. Hadiah jiwa hanya untuk mereka yang terpilih. Pelihara, pulihara dan PENJARAKAN ia jangan sampai terpergi lagi."


with  
AzureenHalim




Note :  Allah is Amazing and Islam is Super Duper Cool :]



Friday 17 February 2012

Tazkeerah #2

Dear brothers and sisters,




Du'a is the best medicine to life whether in good times or hard times. Believe me =]

  • Du’a is the Most Noble of all Acts in the Sight of Allah 
  • Du’a is the Best Act of Worship 
  • Du’a is a Sign of One’s Iman 
  • To make Du’a is to obey Allah 
  • Allah is close to the One Making Du’a 
  • Du’a is An Indication of Allah’s Generosity
  • Du’a is the Only Act that Changes Predestination
  • The Reward of Du’a is Guaranteed 
  • Du’a is a cure for all Diseases 
  • Du’a Makes a Person More Optimistic 
  • Du’a Opens up a Dialogue with the Creator 
  • Du’a is One of the Easiest Acts of Worship


Firman Allah swt :

"And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.
 (Al-Baqarah : 186)


Saturday 11 February 2012

Antara Merak dan Kura-kura

ALKISAH di sebuah hutan, tinggallah seekor merak. Merak itu sangat indah sayapnya, sehingga binatang lain terkalahkan. Namun, merak sangat sombong. Ia menganggap bahwa dirinyalah yang terindah di dunia.

Pada suatu hari, saat merak sedang berjalan-jalan, ia melihat seekor kura-kura sedang berjalan. Merak pun mulai memperlihatkan kesombongannya.

"Hai, beo! Lihatlah aku, sayapku sangat indah bukan? Rasanya akulah yang paling terindah di antara binatang lainnya. Apakah kau punya ciptaan yang indah sepertiku?" tanya merak sambil membentangkan sayapnya.

"Hai merak! Kamu memang hebat! Tapi aku tidak punya ciptaan indah seperti kau, aku cuma punya cengkerang untuk aku lindungi diri ku" jawab beo sambil menundukkan kepalanya.

Ketika beo selesai berbicara, tiba-tiba merak tertawa terbahak-bahak, sampai-sampai beo terkejut.

"Hahahahahaha.... beo, kau tidak bisa sepertiku! Kau memiliki cengkerang berwarna cokelat yang kotor dan kusam, sedangkan aku memiliki warna biru dengan bulatan berwarna merah dan kuning! Hahahaha...," kata merak dengan sombongnya.



(cerita diatas adalah dongeng semata-mata)


***************************************************

Assalamualaikum wbt..

Jangan salah tafsir, tajuk entri saya kali ni mungkin agak kebudak-budakkan sedikit, tapi disebalik tajuk entri ni, ada satu perkara yang buatkan saya terfikir sejenak sewaktu saya sedang bermain dengan seekor kura-kura milik sepupu saya di rumah nenek petang semalam. 


Melihat kepada ragam kura-kura yang sedaya upaya bersembunyi di dalam cengkerang ketika saya memegangnya, sepintas lalu membuatkan saya terfikir. Andai wanita muslim seperti kura-kura, MashaAllah... mesti indah pandangan mata kita bukan? Sensitifnya kura-kura bila disentuh seolah-olah merasakan dirinya terancam, sebenarnya itulah yang melindungi kura-kura. Hebat kan?? Allah swt ciptakan setiap makhluk dan kejadian tu bersebab, untuk kita ambil  ibrah.  Tapi kenapa tidak pada kita wanita muslim? 


Kita jangan jadi seperti merak, bermegah dengan kecantikan yang ada tanpa sedar. Itu ujub.. 
Kita jangan jadi seperti merak, yang bangga dengan gaya moden masa kini hingga menbelakangkan hukum Allah. Itu takbur..
Kita jangan jadi seperti merak, yang merasakan kecantikan diri itu perlu ditonjol, hingga kita lupakan pada yg mencipta. Itu ego..
Kita jangan jadi seperti merak, yang tidak bersyukur dengan setiap anugerah yang telah Allah beri dan suka berlebihan untuk dandanan diri. Itu kufur nikmat..
Kita jangan jadi seperti merak, yang merendah-rendahkan orang lain kerana kelebihan yang kita miliki. Itu riak..

Tapi,

Jadi seperti kura-kura, yang sentiasa rendah diri dan bersyukur dengan ciptaan Ilahi..
Jadi seperti kura-kura, yang sentiasa berusaha melindungi dan memelihara diri..
Jadi seperti kura-kura, yang punya sensitiviti diri.

(homboiiih, boleh ganti A. Samad Said la macam ni ye ye? kehkeh.. :p )


So, macam tu lah.. kura-kura tu umpama wanita. Kura-kura perlukan cengkerang untuk melindungi diri, walaupun cengkerang kura-kura tu tak lah nampak vogue atau menarik perhatian, tapi sebenarnya isi dalam cengkerang itu yg indah (kura-kura comel sebenarnye..). Sama jugak seperti wanita.. Wanita muslim perlukan pakaian yang sempurna untuk menutup setiap aurat pada diri. Agar diri sentiasa terpelihara dan dilindung di bawah redha Ilahi.. Memang nampak macam tak "up to date", tapi sekurang-kurangnya ada seri pada wajah wanita muslim dengan kelembutan lahiriah dan batiniah yang Allah beri..

" Pandangan manusia, dipuji-puji.. Pandangan Pencipta, Allah berkati "


Saya percaya, kalau ramai wanita muslim menjaga, memelihara dan menutup aurat dengan sebaiknya, masalah rogol, masalah sosial, buang anak, bla..bla..bla..  Inshaa-Allah.. dapat dibendung dengan izin-Nya. Tapi.. kalau aurat wanita dah dijaga, tapi masalah rogol atau masalah sosial masih juga berlaku. Maybe ada problem dalaman dalam diri individu tu sama ada diri lelaki atau wanita itu itu sendiri. Allahu'alam..



'Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."


with  
AzureenHalim


Friday 10 February 2012

Tazkeerah #1



Try our best to take it positively, we must!

Because if we don't, well, it's going to be a big loss for us. It's like purposely 'blinding ourselves' not to see the very obvious signs that Allah has given us. Some of the signs are just through 'people'.


وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا ۖ وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“And it is He Who spread out the earth, and placed therein firm mountains and rivers and of every kind of fruits He made Zawjain Ithnain (two in pairs - may mean two kinds or it may mean: of two varieties, e.g. black and white, sweet and sour, small and big) He brings the night as a cover over the day.Verily, in these things, there are Ayat (proofs, evidences, lessons, signs, etc) for people who reflect.” [Al-Quran, 13:3]


Resource by :  simplyhasanah tumblr

Tuesday 7 February 2012

Nur Hidayah



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


Nur dan Hidayah merupakan room-mate di sebuah hostel di salah sebuah universiti tempatan. Merupakan classmate dalam jurusan yang sama, dan saling bersahabat baik sepanjang-panjang pembelajarannya di universiti. Ya, mereka bersahabat baik, susah senang mereka bersama. Tapi yang pasti.. kedua-duanya beza.. Nur seorang yang menitik beratkan soal ibadahnya, manakala Hidayah seorang yang hanya beribadah untuk menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai umat Allah swt yg beragama Islam.


Nur :  Kamu okay ke, Hidayah? Dah 3 hari Nur perasan, Hidayah macam ada masalah je. Kalau perlukan sesorang untuk kongsikan masalah, Nur boleh pinjamkn telinga ni.... (sambil dipegang-pegang cuping telinganya sendiri)

Hidayah :  Entah la Nur.. Saya rasa, saya keliru dengan diri sendiri. Rasa seperti ada yang kurang dalam diri.. Rasa macam, keliru dengan identiti sendiri.. Rasa macam, mahu menangis sepuas-puas hati.. Yang pasti, rasa malu pada Ilahi.. kenapa ya Nur? Saya jadi bingung dengan persoalan yang tak ada jawapan ni.

Nur :  Kalau kamu bingung dengan persoalan yang ada dalam kotak fikiran kamu, nah.. bukak Google, search maksud nama kamu sendiri. Nanti kamu taulah apa identiti diri kamu. (Nur menghulurkan notebook milik Hidayah sendiri sambil tersenyum tanda gurau)


Hidayah semakin bingung.. Apa kene mengene persoalan ni dengan nama sendiri?? Tapi Hidayah turutkan saja kata-kata Nur tadi. Pada screen notebook, dia membuka carian Google dan meneruskan cariannya berkaitan Hidayah. Nah... jawapannya jelas pada carian yang pertama.


Lalu Hidayah menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya, sambil menangis teresak-esak mengenangkan apa yang dialaminya sekarang. Ya, itulah jawapan bagi persoalannya yang dikatakan bagai tiada jawapan sebelum ni. Hidayah adalah Petunjuk dari Allah swt..


*************************************************************


Assalamualaikum wbt..


Ini kisah hampir dua tahun yang lalu.. Kisah yang akhirnya membawa siapa saya sebenarnya sekarang. Sama seperti Hidayah, saya juga pernah mengalami perkara yang sama. Dan jawapan yang saya dapat, sama sebagaimana jawapan Hidayah. Syukur kepada Ilahi, saya diberi hidayah dalam waktu usia yang masih muda. Syukur pada Ilahi, hidayah yang saya cari, Allah beri dengan melapangkan dada saya. Syukur pada Ilahi, Allah melindungi saya dari nikmat sebenar dunia.. Dan syukur pada Ilahi, kini saya yakin dengan apa yang ditentukan oleh-Nya.. 

Saya berpegang pada kata-kata ni :

'Being born as a Muslim does not make you a better person. It's not how you start the race,
but it's how you end it' 
[Imam Siraj Wahaj]


Yes, dilahirkan sebagai seorang muslim dari kalangan keluarga yang totalnya adalah muslim dan hidup dan berwarganegarakan di sebuah negara yang rata-ratanya adalah muslim, bukan sekadar tiket mahupun "papan tanda bergerak" yang menyatakan kita adalah muslim yg beriman pada Allah dan agama. Tidak! Kita adalah khalifah yang hanya diberi kelebihan dan dipilih oleh Allah swt dilahirkan sebagai muslim. Realitinya, kita seperti 'muallaf' yang masih kurang ilmu agama, dan masih kurang bekalan "harta" ke akhirat. Kurang sangat-sangat.. Andai dari kecil fikiran dan hati mampu bekerjasama memikirkan soal ni, pasti dari kecil kita sentiasa berjaga-jaga dengan nikmat dunia yang kadang-kala melalaikan kita sebenarnya. 

Nur dan Hidayah, dua perkataan yang memang sinonim dengan kita. Andai seseorang itu memperolehi hidayah Allah, ikhlas dan istiqomah dalam menerajui diri sebagai seorang muslim yang mukmin, Inshaa-Allah.. ada Nur pada diri dan wajahnya yang bukan semua orang perolehi.

Memang.. memang perubahan ini kadang-kala mendatangkan cemuh orang ramai yg mengenali saya sebelum ni. Walaupun saya memang seorang yang tidaklah terlalu sosial, seorang yang bertudung sejak darjah 5 dan seorang yang sentiasa solat. Tapi, perubahan ni seakan-akan jadi satu ejekan pada orang-orang lain. Dikatanya saya seorang "ustazah" kerana mula berubah dari segi penampilan dan percakapan. Hanya senyuman yang boleh saya balas, sebab Allah tahu siapa saya, kerana saya masih lagi dalam proses mentarbiyah diri. Syukron ya Rabb, syukron.... =]

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” 
(Surah al-An’am, ayat 125).

Hidup ini adalah untuk mencari keredhaan dari yang Maha Pencipta. Setiap amal ibadah yang kita laksanakan perlukan keredhaan dari Allah. Dan saya pilih untuk ini. Saya percaya, kalau kita mahu berubah menjadi baik, maka Allah akan hantarkan kita sahabat-sahabat yang baik, yang boleh  dorong kita, boleh nasihatkan kita, boleh kongsikan pendapatnya dengan kita dan boleh dijadikan teman untuk kita sama-sama mencari keredhaan Allah. Cukup-cukup percaya. Alhamdulillah.. saya sekarang dikelilingi dengan orang yang baik-baik.  Orang-orang yang saling mengingati waktu saya alpa dengan dunia. Yes, dugaan dunia sangat SUSAH kita nak hadapi, tapi mereka ada untuk mengingatkan saya. Sekali lagi, syukron ya Rabb.. syukron atas nikmat yang Engkau beri. Bukan ni yang saya minta, tapi Allah swt tu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, Dia dah aturkan setiap perjalanan hidup saya dengan sebaik-baik aturan-Nya. 

Alhamdulillah... =]




with 
AzureenHalim


Note :  Kalau kita ingin berubah, gerakkan hati untuk cari Hidayah, bukan tunggu Hidayah. Sebab Hidayah tu milik Allah swt sepenuhnya. (ayat dah macam motivator....hehe)

Sunday 5 February 2012

A Step to Beginning..



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful



Assalamualaikum wbt.

Yes, this is a beginning of my new blog. A blog I created to share anything that can remind us about our journey in Islam because, Islam is a way of our life. It's all about how we start the "race" and how we end it, Inshaa-Allah..



Alhamdulillah, bersempena dengan Maulid Rasul hari ni, 27 Rejab 1433H, tiba-tiba hati rasa lebih terbuka nak buat blog baru since blog lama tu macam dah takde idea sangat-sangat dah nak update (sesungguhnye laaa..). So, lepas banyak kali fikir, rasanya lebih baik saya start dengan blog baru memandangkan blog lama tu macam banyak sangat entri-entri lama yang semacam je poyo bila baca balik even banyak jugak entri-entri islamik yang saya pernah share dulu, tapi yang lagi banyak tu sebenarnya entri-entri yg poyo lah ye? ngehngehngeh... :p 


Agak la cerewet nak kene mulakan balik tapi saya pilih untuk mudahkan agenda "creat a new blog" dengan kurangkan widget dan tak ada template. Sebenarnye lagi cerewet nak hias-hias bagai blog ni. Makin nak cutekan blog makin banyak kerja nak kene skodeng tutorial. Banyak widget, blog berat plak kan? kan? So, simple je la. Putih tu suci...(hewhewheww..gelak sopan).


So, saya sebagai newbie di alam blogger ni (newbie lah sangat...), dengan rendah diri menjemput blogger-blogger lain, sudi datang singgah dan baca isi kandungan blog baru saya ni. Dan semoga setiap isi penulisan saya dalam ni dapat bagi manfaat pada kita semua, Inshaa-Allah.. Yang mana kurang, silakan tegur.. dan yang mana ada silap dan salahnya, harap dimaafkan ye? ye?  :]


"Dan ketahuilah kamu,bahawa setiap yang kamu luahkan samada dalam bentuk tulisan,perbuatan atau percakapan..semua itu akan dihisab oleh Allah SWT... Innamal 'amalu binniyat.."




Wallahua'alam..


with 
AzureenHalim