Sunday 6 May 2012

Love After Nikah..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..




Assalamualaikum wbt..

Amboi tajuknya, bukan main kan? Hehe. Ok, sebenarnya takde la nak update ye ye sangat soal cinta-cinta ni. Tak mahir mane pun kalau bab cinta-cinta ni, tapi since kebelakangan ni, macam banyak sangat saya dapat inspirasi tambahan soal "Love After Nikah" ni, jadi tak salah kan kalau saya update pasal ni. Inshaa-Allah.. 


Apa "Love After Nikah" tu? Boleh wujud ke? Boleh percaya ke? Soalan-soalan macam ni mungkin dah terlalu biasa dipersoalkan, tapi kalau kita tahu jawapan disebalik tu berdasarkan keyakinan dan kepercayaan pada aturan Allah swt, mesti jadi luar biasa kan? Macam totally amazing! macam owesome mo-some sangat! kan? For me, absolutely, yes! Sebab, aturan Allah swt atas setiap makhluk ciptaanNya memang dah cukup sempurna. Cuma kita je yang kadang-kadang tersalah tafsir bila ditimpa sesuatu musibah(ujian). 


Setiap orang punya pendapat yang berbeza-beza, dan ini cuma sebahagian daripada pendapat saya. For me, "Love after nikah" will be more blissful, full of mercy and Inshaa-Allah indah sebab salah satunya, love comes after marriage and it's automatically halal in a way of Islam. At least, pada awalnya saya berusaha untuk menjaga diri saya daripada sesuatu yang belum pasti. Saya berusaha untuk menjadi 'exclusive' demi diri dan keluarga saya, dan Inshaa-Allah, one day.. akan terus jadi 'exclusive' demi bakal imam saya. Saya tak tafsirkan kalau cinta sebelum kahwin tu sesuatu yang haram atau tak bagus. Actually, ramai je yang bercinta sebelum kahwin hidup bahagia anak cucu, hidup penuh berkah dan sama-sama berusaha untuk mencapai syurga, sebab bahagia dan berkah tu datangnya dari Allah swt dan Allah lah sebaik-baik nilaian. Cuma, ianya terpulang pada individu untuk memilih yang macam mana. Tapi apa yang saya tekankan kat sini, soal jihad seorang gadis dalam menjaga ikhtilat dan kemahuan hati demi mencapai redha Allah swt.


"Sesungguhnya perasaan itu satu FITRAH. Tapi, jangan benarkan yang FITRAH itu akhirnya menjadi FITNAH.."


Jika diberi pilihan pada saya, antara bercinta sebelum kahwin atau bercinta selepas kahwin, saya pilih untuk selepas kahwin. Dan apa lagi yang menjadi impian pada saya, andai pilihan itu datangnya dari redha dan restu dari mama dan baba saya. Sebab, keredhaan saya terletak pada keredhaan dari kedua ibu bapa saya, dan keredhaan mereka berdua letaknya pada keredhaan Allah swt. Jadi, kalau boleh untuk sesuatu yang 'long term' perjalanan hidupnya, biarlah sama-sama mendapat redha Allah.. itu lebih rahmat, dan itu lebih berkat. Insha-Allah.. =)


Alhamdulillah, dengan izin Allah.. finally! finally!! Allah salurkan keindahan dan keberkatan sebenar "love after nikah" yang sebelum ni  mungkin saya tak berapa nak jelas sangat soal kesahihan "perasaan selepas kahwin". But, i still do strongly believe in Allah's fate and strongly believe in "Love After Nikah". Kalau itu yang Allah takdirkan untuk kita, then no need to worry sangat lah kan atas setiap apa yang berlaku selepas tu? Sebab janji Allah tetap bersama-sama dengan kita dan aturan Allah adalah aturan terbaik buat kita. Inshaa-Allah..


Jadi, Allah salurkan keindahan sebenar "Love after Nikah" melalui siapa? Melalui kisah  Farah Lee dan Dena Bahrin (confirm ramai yang dah tau nih..) yang kahwin pada usia yang muda dan keduanya kahwin atas dasar pilihan keluarga. No, what I extremely mean is, their husband datang merisik dulu padahal sebelumnya dia orang tak kenal each other sangat (I mean , tak kenal secara rapat). Tak pernah bercinta dan si lelaki datang merisik jumpa mak dan ayah atas keyakinan pada pilihannya dan keyakinan pada diri untuk sedia menjadi suami. See, jumpa mak ayah terus, bukan tanya pada tuan punya diri dulu. So, kisah mereka berdua akhirnya menjadi inspirasi  kepada ramai kaum Hawa, sekaligus jadi bukti kalau "Love after Nikah" tu memang betul-betul amazing dan disarankan dalam Islam, sebab Allah swt is totally amazing and the best of planner for us as a muslim. It's like a wonderful and beautiful love story begin between a wife and a husband with a mercy from Allah after nikah. Inshaa-Allah..


" Lelaki yang baik, akan mendekatkan diri kepada cintanya dengan Akad Nikah"


To be truth, 3 tahun yang lepas that's mean, usia saya waktu tu baru 19 tahun, saya pernah impikan perkara sebegini. Even waktu tu rasa macam entah apa-apa je fikir soal jodoh dalam waktu usia yang masih lagi belasan umur, tapi sebenarnya dan hakikatnya, saya impikan jodoh yang datang melalui mama dan baba saya. Macam, parents choice la... Saya nak jaga sebenar-benar perasaan untuk bercinta selepas kahwin. Even itu memang disarankan dalam Islam, tapi saya meletakkannya sebagai sesuatu yang paling utama ialah redha dan restu mama dan baba pada saya. Apa yang lebih menjadi inspirasi buat saya ialah, kisah mama yang berkahwin dengan pilihan arwah nenek even waktu tu mama tak kenal sangat pun baba, in fact, mama reject se-reject rejectnya baba dulu tau? Tapi, kerana inginkan barakah dan restu yang berpanjangan, finally.. mama terima baba. Even though pada awalnya, yang sukakan mama secara serius tu sebenarnya baba sewaktu baba jadi salah seorang daripada cikgu ganti pada subjek Sejarah untuk kelas mama (kiranya, cikgu berkenan kat anak murid la...hehe). Dan baba suka bukan sekadar suka,  tapi suka kerana Allah yang akhirnya beri kekuatan pada baba untuk jumpa nenek and proposed mama, few years after. Dan Alhamdulillah.. bercinta selepas nikah dan akhirnya kekal bahagia sampai ke hari ni, susah senang bersama dan Inshaa-Allah hingga keduanya mencapai syurga. Itu yang menguatkan lagi pegangan saya hingga ke hari ni dan Inshaa-Allah, sampai bila-bila.. ^^


"Different people, different stories but we all have the same mission & vision, to be a good servant, live happily with blessing from Allah."
-DenaBahrin-

Memang susah untuk berpegang pada sesuatu yang kita tak pasti aturannya bagaimana. Tapi pada saya, selagi kita jaga ikhtilat(pergaulan) dengan mereka yang ajnabi, selagi kita meletakkan Allah swt sebagai keutamaan dalam hati, selagi kita jaga sebaiknya kemahuan dan nafsu hati, selagi kita yakin kalau Allah yang lebih mengetahui. Inshaa-Allah, Allah aturkan sesuatu yang paling baik buat kita. Sebab manusia dilahirkan dengan fitrah yang pelbagai.. Segalanya kita serahkan pada Allah, cuma sebahagian daripada ikhtiar kita adalah berdoa, berdoa dan terus berdoa memohon yang terbaik buat diri. Dan doa itu ada dalam tahajjud kita.


Andai kita mahukan pasangan yang soleh dan solehah, maka persiapkanlah diri untuk menjadi salah satu daripada itu. Andai kita mahukan yang terbaik dari Allah, maka persiapkan diri melakukan apa yang terbaik semata-mata keranaNya. Jangan terlalu obses dengan nikmat duniawi dan jangan terlalu obses untuk merancang, sebab yang layak menentukan itu cuma Allah swt. Walau hebat macam mana sekalipun apa yang kita rancang, sebenarnya bukan kuasa kita untuk menentukan kejayaan bagi sesuatu rancangan itu. Hanya dengan izin Allah sahaja, apa yg dirancang, akan berlaku. Maka, rancanglah sebaik-baiknya, dan serahkan segalanya pada Allah dengan yakin. Inshaa-Allah, Allah tidak akan pernah kecewakan kita. Sekali-kali tidak.. begitu juga soal jodoh. ^^


 Creadit to : Dena Bahrin photo.


"Ikhwan.. If you really like her, need her and want to be with her for the sake of Allah and for the rest of your life, and if you want to begin the journey together towards forever in Jannatul Firdaus, Be a MAN. Don't approach her, but approach her Wali first. Just prepare yourself with iman and make Niyat to become a great Imam to guide her and your future child."


"Akhwat.. If you want a best guy to be your best partner and your best Imam, for the sake of Allah and for the rest of your life, please save your priority especially your dignity. Be like a pearl stone that only one individual can afford, reach and get you. And if you've been proposed, you feel anxious or feel confused, do Istikharah prayer and make a real decision. It may take time but believe in Allah and keep faith in Him. He has always prepared something better for you, Inshaa-Allah.."




with 
AzureenHalim