بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..
Nur dan Hidayah merupakan room-mate di sebuah hostel di salah sebuah universiti tempatan. Merupakan classmate dalam jurusan yang sama, dan saling bersahabat baik sepanjang-panjang pembelajarannya di universiti. Ya, mereka bersahabat baik, susah senang mereka bersama. Tapi yang pasti.. kedua-duanya beza.. Nur seorang yang menitik beratkan soal ibadahnya, manakala Hidayah seorang yang hanya beribadah untuk menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai umat Allah swt yg beragama Islam.
Nur : Kamu okay ke, Hidayah? Dah 3 hari Nur perasan, Hidayah macam ada masalah je. Kalau perlukan sesorang untuk kongsikan masalah, Nur boleh pinjamkn telinga ni.... (sambil dipegang-pegang cuping telinganya sendiri)
Hidayah : Entah la Nur.. Saya rasa, saya keliru dengan diri sendiri. Rasa seperti ada yang kurang dalam diri.. Rasa macam, keliru dengan identiti sendiri.. Rasa macam, mahu menangis sepuas-puas hati.. Yang pasti, rasa malu pada Ilahi.. kenapa ya Nur? Saya jadi bingung dengan persoalan yang tak ada jawapan ni.
Nur : Kalau kamu bingung dengan persoalan yang ada dalam kotak fikiran kamu, nah.. bukak Google, search maksud nama kamu sendiri. Nanti kamu taulah apa identiti diri kamu. (Nur menghulurkan notebook milik Hidayah sendiri sambil tersenyum tanda gurau)
Hidayah semakin bingung.. Apa kene mengene persoalan ni dengan nama sendiri?? Tapi Hidayah turutkan saja kata-kata Nur tadi. Pada screen notebook, dia membuka carian Google dan meneruskan cariannya berkaitan Hidayah. Nah... jawapannya jelas pada carian yang pertama.
Lalu Hidayah menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya, sambil menangis teresak-esak mengenangkan apa yang dialaminya sekarang. Ya, itulah jawapan bagi persoalannya yang dikatakan bagai tiada jawapan sebelum ni. Hidayah adalah Petunjuk dari Allah swt..
*************************************************************
Assalamualaikum wbt..
Ini kisah hampir dua tahun yang lalu.. Kisah yang akhirnya membawa siapa saya sebenarnya sekarang. Sama seperti Hidayah, saya juga pernah mengalami perkara yang sama. Dan jawapan yang saya dapat, sama sebagaimana jawapan Hidayah. Syukur kepada Ilahi, saya diberi hidayah dalam waktu usia yang masih muda. Syukur pada Ilahi, hidayah yang saya cari, Allah beri dengan melapangkan dada saya. Syukur pada Ilahi, Allah melindungi saya dari nikmat sebenar dunia.. Dan syukur pada Ilahi, kini saya yakin dengan apa yang ditentukan oleh-Nya..
Saya berpegang pada kata-kata ni :
'Being born as a Muslim does not make you a better person. It's not how you start the race,
but it's how you end it'
[Imam Siraj Wahaj]
Yes, dilahirkan sebagai seorang muslim dari kalangan keluarga yang totalnya adalah muslim dan hidup dan berwarganegarakan di sebuah negara yang rata-ratanya adalah muslim, bukan sekadar tiket mahupun "papan tanda bergerak" yang menyatakan kita adalah muslim yg beriman pada Allah dan agama. Tidak! Kita adalah khalifah yang hanya diberi kelebihan dan dipilih oleh Allah swt dilahirkan sebagai muslim. Realitinya, kita seperti 'muallaf' yang masih kurang ilmu agama, dan masih kurang bekalan "harta" ke akhirat. Kurang sangat-sangat.. Andai dari kecil fikiran dan hati mampu bekerjasama memikirkan soal ni, pasti dari kecil kita sentiasa berjaga-jaga dengan nikmat dunia yang kadang-kala melalaikan kita sebenarnya.
Nur dan Hidayah, dua perkataan yang memang sinonim dengan kita. Andai seseorang itu memperolehi hidayah Allah, ikhlas dan istiqomah dalam menerajui diri sebagai seorang muslim yang mukmin, Inshaa-Allah.. ada Nur pada diri dan wajahnya yang bukan semua orang perolehi.
Memang.. memang perubahan ini kadang-kala mendatangkan cemuh orang ramai yg mengenali saya sebelum ni. Walaupun saya memang seorang yang tidaklah terlalu sosial, seorang yang bertudung sejak darjah 5 dan seorang yang sentiasa solat. Tapi, perubahan ni seakan-akan jadi satu ejekan pada orang-orang lain. Dikatanya saya seorang "ustazah" kerana mula berubah dari segi penampilan dan percakapan. Hanya senyuman yang boleh saya balas, sebab Allah tahu siapa saya, kerana saya masih lagi dalam proses mentarbiyah diri. Syukron ya Rabb, syukron.... =]
“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.”
(Surah al-An’am, ayat 125).
Hidup ini adalah untuk mencari keredhaan dari yang Maha Pencipta. Setiap amal ibadah yang kita laksanakan perlukan keredhaan dari Allah. Dan saya pilih untuk ini. Saya percaya, kalau kita mahu berubah menjadi baik, maka Allah akan hantarkan kita sahabat-sahabat yang baik, yang boleh dorong kita, boleh nasihatkan kita, boleh kongsikan pendapatnya dengan kita dan boleh dijadikan teman untuk kita sama-sama mencari keredhaan Allah. Cukup-cukup percaya. Alhamdulillah.. saya sekarang dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Orang-orang yang saling mengingati waktu saya alpa dengan dunia. Yes, dugaan dunia sangat SUSAH kita nak hadapi, tapi mereka ada untuk mengingatkan saya. Sekali lagi, syukron ya Rabb.. syukron atas nikmat yang Engkau beri. Bukan ni yang saya minta, tapi Allah swt tu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, Dia dah aturkan setiap perjalanan hidup saya dengan sebaik-baik aturan-Nya.
Alhamdulillah... =]
with ♥
AzureenHalim
Note : Kalau kita ingin berubah, gerakkan hati untuk cari Hidayah, bukan tunggu Hidayah. Sebab Hidayah tu milik Allah swt sepenuhnya. (ayat dah macam motivator....hehe)
ayat mcm motivator..hehehe=P
ReplyDeleteyup,btul tuh.dlu aku ingat hidayah tu kita kne tggu dn tggu.tapi sbnrnye bkn.hidayah tu kita kne cari.sape kita utk kita mtk Allah beri pada kita?kita yg sepatutnya pergi pada Dia.
bersyukurlah bila kita dilahirkan dlm kluarga yg serba hebat dlm islam. ade setengah orang tk mcm tu enon.nti aku akn ceritakn dlm blog.InsyaAllah..hehehe..pgalaman seorg anak yg hdup dlm fmily yg bkn pntingkan islam..=)
Gud job..