Saya nak share sedikit apa yang saya selalu amalkan sejak dua tahun lepas setiap kali berwudhuk, info ni saya dapat daripada salah sorang sahabat saya di Facebook.
2. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
- Kenapa? Kerana mulut dan lidah kita tiap-tiap hari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah. Astaghfirullahalazim..
3. Membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
- Kenapa? Kerana Ahli Syurga wajahnya putih berseri-seri. Masha'Allah..
4. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
- Kenapa? Kerana ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
5. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
- Kenapa? Kerana ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
6. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
- Kenapa? Kerana panasnya di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala. AllahuRabbi..
7. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
- Kenapa? Kerana tiap-tiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
8. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
- Kenapa? Kerana ahli syurga melintasi titian sirat dengan pantas sekali. Masha'Allah..
9. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
- Kenapa? Kerana Qada' dan Qhadar kita semuanya di tangan Allah swt.
10. Setelah selesai, bacalah doa selepas wudhuk sebagaimana adab dalam berwudhuk.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat bagi yang membaca dan yang mengamalkannya. Biiznillah =]
with ♥
AzureenHalim
thanks 4 sharing.kdg perkara mcm inilah orang nmpk remeh..tk fhm ape sbnrnye kelebihan berwuduk tu.huhu
ReplyDeleteSama2, boleh amalkn lps ni :)
Delete