Wednesday 22 February 2012

Nur Hidayah #2



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful


Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, saya masih berkelapangan untuk terus update entri baru di ruangan ni. Berkongsi serba sedikit mengenai diri saya. Alhamdulillah, setiap izin dari Allah swt, adalah nikmat yang mana, kita gunakan nikmat itu dengan sebaik mungkin. Ya, saya gunakan nikmat "duduk di rumah selepas tamat diploma" untuk terus berusaha mendekati agama Allah swt. Bukan taknak bekerja atau cari pengalaman kerja sementara dapat offer untuk ke degree, tapi permintaan mama untuk saya duduk di rumah temankan mama sambil-sambil tolong ringankan kerja mama dirumah, saya penuhi. Sebab saya yakin, mungkin Allah swt punya aturan yg lebih baik untuk saya, siapa tahu kan? Inshaa-Allah..


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, dah hampir dua tahun saya teruskan hidup sebagai seorang yang "baru". Bila diingatkan balik perjalan hidup waktu saya mula-mula menerima hidayah Allah swt, saya mulakan dengan "pencarian". Pencarian yang boleh yakinkan saya dengan apa yang saya pilih. Memang susah untuk saya cuba faham dengan sendiri tentang situasi diri yang masih lagi keliru, sedih dan perlukan waktu untuk normalkan semula keadaan hati waktu tu. Ibaratnya, saya seperti lost dengan diri sendiri. Saya lebih banyak diam berbanding sebelumnya. Sedih tanpa punca rasa perasaan ni. Nak diluah, tak yakin nak luah pada siapa. Nak luah pada mama, waktu tu saya di Kuantan, sedang menuntut di semester 3. Jadi, saya simpan sorang-sorang dengan harapan, saya dapat terima keadaan baru dalam diri saya kerana Allah dengan sepenuhnya.


"Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful"


Ya, untuk berubah, kita perlukan jangka waktu yang lama. Untuk kita muhasabah diri, dan untuk kita perbaiki diri. Alhamdulillah.. Allah bantu saya lagi untuk dapatkan jawapan tu. Teringat pada buku ilmiah hidup pertama yang saya beli. Waktu tu, saya dan housemate ke salah satu shopping mall untuk top-up barang-barang keperluan masing-masing. Entah macam mana, waktu saya lalu di salah satu booth jualan yg ada, saya tertarik dengan salah satu buku ilmiah ni. Buku tebal dengan 335 muka surat, saya pegang dan saya beli tanpa saya lihat isi dalamnya. Subhanallah.. Allah gerakkan hati saya dengan yakinnya untuk beli buku tu. Dan syukur pada Allah, buku tu lah yang buat saya makin ikhlas dengan perubahan baru yang Allah berikan pada saya. Jawapan saya terjawab, walaupun tak semuanya. =]




" Terima Kasih Abu Ahmadain al-Muhajiri  untuk terjemahan buku yang sangat membantu =]"



Alhamdulillah, sekarang saya lebih bahagia dengan "diri baru" saya. Walaupun boleh dikatakan, kehidupan dan diri saya sebelum ni bukanlah boleh diketegorikan sebagai teruk. Tapi, kesilapan kerana lalai dan tak menggunakan sepenuhnya waktu yang ada untuk agama sendiri tu yang membuatkan Allah swt lindungi saya daripada terus, dan terus, dan terus lalai.. Tujuan saya berubah bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa saya nak jadi seorang yang baik, bukan untuk jadi seorang yang sempurna dengan meninggalkan sesuatu yang lalai, bukan juga nak riak dengan anugerah hidayah yang Allah beri. Saya juga manusia biasa yang kadang-kadang, ada juga silapnya. Tapi, selagi diberi peluang untuk saya perbaiki, saya gunakan peluang tu sebaik-baiknya, sebab hidup cuma sekali dan hidayah Allah juga cuma sekali dalam hidup, selebihnya cuba usaha untuk terus istiqamah. Inshaa-Allah.. 


Believe me, bila datang keinsafan dalam diri untuk berubah, berdoalah mohon keampunan dan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan izin-Nya, Allah akan bersihkan hati kita and HE will give us the best feeling like "THE NEW YOU". Rasa tenang seolah-olah, what past is past and I'm standing here to start my NEW LIFE, Lillahi Ta'ala.. Inshaa-Allah ^^


"Beruntunglah sesiapa manfaatkan hidayah dariNYA. Hadiah jiwa hanya untuk mereka yang terpilih. Pelihara, pulihara dan PENJARAKAN ia jangan sampai terpergi lagi."


with  
AzureenHalim




Note :  Allah is Amazing and Islam is Super Duper Cool :]



4 comments:

  1. macam best jek buku ni?nanti aku nk beli jugak buleh?hehehe..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. tp kene cari yg edisi lelaki punye la. kehkeh :P

      Delete
  2. moga ke kekal dgn 'new' azureen halim.. insha-Allah..

    ReplyDelete