Monday 5 March 2012

Jutaan Doa..



Assalamualaikum wbt..


Semua dah sedia maklum bukan? soal isu terkini mengenai nasib saudara-saudara Islam kita di Syria. Kalau ada yang masih kabur-kabur dengan isu di Syria, saya rasa kene mula bertindak untuk ambil tau. Bukan berkenaan dengan isu di Syria je, tapi di Palestin, Gaza dan Iraq perlu dititik beratkan juga. Kalau tak sempat follow-up melalui siaran berita dikaca tv atau, mungkin tak ada masa untuk baca setiap berita luar negara di ruangan akhbar-akhbar harian, tak apa. Boleh baca dan update setiap isu terkini mengenai Syria dan Palestine di ruangan ini.

 PalestinKini <-- Klik sini



Memang KENE ambil tahu soal keadaan semasa saudara-saudara Islam kita di seluruh dunia. Sebab, setiap kejadian dan keadaan yang berlaku ada ibrah disebaliknya untuk kita. Saya akui, saya juga dulu kurang berminat untuk ambil tahu soal-soal peperangan, pertumpahan darah dan sebagainya, sebab pada saya, negara saya sekarang dah cukup aman damai, untuk apa lagi saya perlu ambil tahu soal negara lain yang sedang bergolak? Agak la dhaif saya waktu tu.. Bukan dhaif je, malahan rasa seperti satu perasaan selfish yang amat tinggi terhadap saudara-saudara Islam kita yang lain. Astaghfirulahalazim..




Saya percaya, sekarang masih ramai lagi yang masih ambil ringan soal isu-isu semasa saudara kita seperti ni. Apalah sangat 4-5 minit tu kita gunakan untuk ambil tahu mengenai saudara se-Islam kita, nak dibandingkan dengan  2-3 jam kita dengan isu-isu semasa artis, gossip dan sebagainya. See.. nampakkan situ? kita tak adil sebenarnya dengan saudara kita sendiri.


"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI."
(Sabda Nabi SAW)

Kita tiap hari, bangun untuk bekerja, untuk belajar, untuk berhibur dan sebagainya. Tapi, saudara kita tiap hari, bangun untuk jihad dijalan Allah. Untuk tegakkan hak mereka dinegara mereka sendiri. AllahuRabbi... berbeza sangat dengan kita yang hidup di negara yang masih lagi aman. Mungkin sebab tu, kita jadi ego tanpa sedar dengan saudara Islam kita yang hidup sehari-harinya penuh dengan jihad kerana Allah Ta'ala. Cuba nilai dimana perbezaan antara kita dengan mereka? Kita masih lemah untuk menghadapi jihad seperti video di bawah ni bukan?




Secara kasarnya, memang lah kita tak mampu nak bantu mereka untuk sama-sama berjihad. Tapi, Islam tak halang umatnya untuk jalankan tanggungjawab jihad dari sudut lain. Yes, mulai sekarang, kene jalankan peranan kita sebagai Muslim dan sebagai manusia yang sama-sama hidup di  bumi Allah ni. Jadi, apa yang perlu kita buat? 



PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
  1. Mendoakan saudara kita di Syria
  2. Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan@bekalan makanan
  3. Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA,PALESTINE,IRAQ,GAZA etc..

Paling tak pun, nombor 1 dan nombor 3 kalau kita buat, dah cukup membantu diorang. We might don't have any weapon to help them, but Du'a is the best weapon ever for Muslim. Saya mohon, berdoalah untuk saudara kita. Please, keep pray for Syria, Palestine, Gaza and etc. Mohon dengan sangat dengan kalian, sebab hanya dengan doa yang dapat menyatukan kita dengan muslim yang lain. Biiznillah.. 


Hasbunallahu wa ni'mal wakil.
 "Cukuplah ALLAH (menjadi penolong)bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung" 
(Ali-imran 3:173). 



with 
AzureenHalim





5 comments:

  1. yup.betul tu.kita kena ambil tau psl mereka,sbb mereka saudara seislam kita.doa adlh snjata org mukmin.kebnykkan skrng just bt tak tau jek,bg mereka tkde kuasa.mereka leka sbb sini aman la sangat kot.msih tk sedar lagi.huhu..semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka yg sdg berjihad ke jalanNya..Ameen..

    ReplyDelete
  2. salam kenal..singgah balas kunjungan..menarik blog nie..moga semuanya dilindungi Allah..amin

    ReplyDelete
  3. nice info... insyaALLAH... akan dilaksanakan sebagai seorg muslim...

    ReplyDelete