Thursday, 29 March 2012

Husnudzon Pada Ujian Allah..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


"Ya, husnudzon pada ujian Allah, yakni bersangka baik lah pada ujian yang datangnya dari Allah swt. Walau sebesar mana pun musibah ujian itu datang, bersangka baik lah pada Allah swt. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu."

*********************

Antara bait-bait kata yang selalu saya ingatkan pada diri setiap kali saya diuji Allah. Benar, ujian Allah pada hambaNya tu tak sama. Ada yang merasa ujian Allah cuma satu purnama, ada yang merasa ujian Allah bertahun-tahun lamanya, dan ada yang merasa ujian Allah yang diluar jangkanya. Tapi, semua tu datangnya dari Allah swt dan Dia lebih tahu, kalau hambanya mampu menghadapi. Allah tak menguji hambanya diluar kemampuan diri hamba-hambaNya. Allah itu tak kejam. Cuma kita yang selalu salahkan takdir atas musibah yang menimpa diri.


"...dan tidaklah Allah uji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."


Jangan salahkan takdir andai ujian Allah itu kita tak mampu hadapi. Tapi, cuba salahkan diri sendiri kalau kita tak pernah nak tarbiyahkan diri bahawa kehidupan di dunia ni tak terlepas dari ujian Allah walau cuma satu situasi. Benar, Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara. Yang kaya.. yang miskin.. yang berjaya.. yang gagal.. yang beriman.. atau yang mengabaikan Allah, semua punya ujian tersendiri. Hatta, saya sebagai manusia biasa, pun tak terlepas daripada ujian Ilahi.


Saya baru beberapa bulan selesai tamat pengajian diperingkat diploma, dan macam biasalah.. orang akan bertanyakan sama ada saya berkerja 'part time' atau tidak sementara dapat offer baru untuk ke peringkat ijazah. Dan secara jujurnya, saya masih belum bekerja. Bukan taknak cari kerja atau hantar resume ke mana-mana firma ukur bahan untuk cari peluang kerja, itu salah satu plan awal sebelum saya tamat pengajian baru-baru ni. Tapi, ada kekangan yang menghalang buat sementara. Benarlah kata orang, kita merancang, walau sebaik apa pun rancangan kita tu, Allah lah yang menentukan sebaik-baik rancangan buat kita dengan izin-Nya. Mahu atau tidak, saya perlu redha dan tawakal, kerana Dia tahu apa yang saya tak tahu. Kerana keluarga juga sedang diuji Allah.


Seriously, memang agak kecewa tiap kali orang bertanyakan soal kerja. Dan macam biasa, jawapan yang sama saya berikan. Masih belum bekerja atau  dalam bahasa yang mudah, 'tanam anggur'. Dan tak mustahil jugak kalau orang akan labelkan saya sebagai seorang yang malas bekerja, tak yakin dengan situasi kerja, tak berusaha cari duit sendiri bla..bla..bla.. semua saya fikirkan. Sampai kadang-kadang ada timbul rasa marah, dan rendah diri pada diri sendiri. Mama cakap "itu ujian Allah, yang disampaikan melalui manusia. DIA nak uji, hati ni sabar atau tak dengan mulut-mulut orang yang mungkin kekadang melukakan hati kita sendiri tanpa sedar, walau hakikatnya, diorang tak berada di tempat kita sekarang, dan tak merasa apa yang kita rasa".


Mama benar, kalau DIA tak izinkan, kenapa kita mesti lawan ketentuan-Nya? Mungkin Allah punya aturan yang lebih baik. Cuma, mereka tak tahu kalau saya juga punya masalah tersendiri. Atau mereka kurang faham kalau sesetengah perkara tak berlaku sebagaimana yang dirancang itu juga satu ujian pada diri. Sebab, semuanya berlaku dengan izin Allah Ta'ala, bukan dengan izin kita. 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah 2:216]


Tapi saya tetap husnudzon. Husnudzon kalau ada hikmah yang terbaik disebalik ujian ni. Sebenarnya, kita terlalu cuba untuk puaskan pandangan orang, hinggakan kita abai pandangan Allah. Sebab kita menilai, kalau ujian Allah tu membebankan hidup. Ringkasnya, Allah memberi ujian kerana Allah nak lihat, dimana letaknya iman kita. Macam mana kita boleh cakap kalau kita beriman sedangkan kita selalu salahkan takdir atas setiap musibah yang berlaku? Itu tak redha namanya. Ujian demi ujian, Allah berikan pada hambanya sebagai peringatan, walau berat macam mana pun ujian itu, jangan abaikan Allah. Jangan salahkan Allah.. walau dengan hanya mempersoalkan apa dosa kita sehingga Allah memberi ujian yang terlalu berat untuk dipikul. 


"Dari Allah musibah itu datang, dan pada Allah kita mohon pertolongan.."


Sebenarnya Allah terlalu rindukan rintihan kita. Dia uji, uji dan uji sehingga hati yang ego akhirnya tunduk merintih pada Allah untuk mohon pertolongan. Belajarlah untuk husnudzon (bersangka baik). Kerana husnudzon itu sendiri mengajar otak dan hati kita untuk lebih redha dan tawakal pada aturan Allah..  Andaikata kita diuji, kita jangan lupa ucapkan syukur sebab masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita. Jadi kenapa kita mesti merungut ketika diuji? Kan?  Wallahu'alam...


"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" 
[At-Taghabun:11]



with 
AzureenHalim 




No comments:

Post a Comment