Monday 2 July 2012

Sungguh.. Ku Rindukan Seorang Wali Bergelar Ayah




"  Ayah..
Rasakan dihatimu, secebis kasihku yang kian merinduimu..
Biar kau tiada dimataku.. Asal kau bersama Penciptaku
Juga Penciptamu..
Yang menjanjikan pertemuanku denganmu..
Di syurga milik Yang Satu.. "



Semalam, genap dua minggu baba pulang ke rahmatullah..
Sungguh.. Ku rindukan seorang wali bergelar ayah..
Yang menjadi peneman hidup buat mama,
Yang menjadi seorang Abi contoh buat si anak-anak..


Sungguh... Ku rindukan seorang wali bergelar ayah..
Yang tidak pernah ku lihat airmatanya mengalir disaat dia dalam kesempitan dan ditimpa ujian..
Yang kulihat tabahnya hati seorang lelaki yang malamnya diisi dengan tahajud hanya untuk mengadu nasib dan memohon kelapangan dalam setiap kesulitan dari Allah Al Samii'
Yang kulihat sentiasa sabar dan redha atas setiap perjalanan hidup aturan Tuhan..
Yang kulihat cekalnya hati seorang lelaki bergelar suami dan ayah dalam menyediakan apa yang terbaik buat keluarga yang dibina dengan penuh rasa kasih dan sayang..
Yang kulihat, kuatnya hati pada Allah nan satu disaat dia diuji dengan nikmat sakit yang melemahkan setiap kudrat dalam badan..
Yang kulihat, matinya bagaikan mendapat Khusnul Khatimah..
Tenang.. mudah.. dan mengukir senyum diwajah kaku milik seorang hamba Allah yang ku gelar ayah..


Sungguh.. Ku rindukan seorang wali bergelar ayah..
Yang dulunya ku simpan angan, andai diriku dikhitbah oleh seorang lelaki yang  ditakdirkan menjadi imam buatku,
Ku inginkan suasana akad yang dinikahkan oleh babaku..
Yang dulunya ku simpan angan, melihat tangis seorang ayah atas kejayaan ku.
Ku inginkan sebuah potret kejayaan disamping mama dan baba, untuk dijadikan kenang-kenangan dalam hidupku..
Ya, semuanya akan tetap menjadi angan.. Ternyata, nilai kasih seorang anak tidak mampu menandingi kasihnya Pencipta terhadap makhluk ciptaanNya yang berpangkat manusia..


Sungguh.. Ku rindukan seorang wali bergelar ayah..
Sungguh.. Ku panjatkan rasa syukur atas keindahan aturan Rabb-ku pada sebuah perjalanan hidup yang ternyata sempurna..
Ku yakin, ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya..
Baba pergi menghadap Ilahi..
Perginya meninggalkan 'amanah' buat diri..
Dan amanah itu adalah diriku sendiri..


Sungguh.. soal aurah dan akhlak diri. Itu yang dipertanggungjawabkan dan harus dipelihara hingga ke akhir hayatku nanti.
Amanah besar buat diri.. sikit pun tidak terbeban dengan kehendak hati..
Kerana ku hanya kasihkan arwah yang telah pergi..


Sungguh.. Ku ingin jadi solehah, harta yang paling 'mahal' buat si mati..
Yang dapat membantunya tiba di Jannatul Firdausi..


Sungguh.. Ku rindukan seorang wali bergelar Abi..
Ku harap amalku mendapat redha Ilahi..
Bukan semata-mata kerana ganjaran yang diperolehi..
Tapi biarlah ianya ikhlas, terbit dari hati..
Kerana ku impikan pertemuan yang dijanjikan dari Rabb-ku..
Untuk bertemu dengan seorang ayah yang ku panggil baba, wali utama untukku..

Moga Allah tempatkan baba, dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh..


*******************************************************

Kata-kata arwah yang menyentuh hatiku, 4 hari sebelum dia pergi buat selama-lamanya :

Aku : Baa.. baba kene kuat. Allah tengah uji baba.. Adik ada, mama ada, kak long.. abang mer, abang yee.. semua ada beri kekuatan pada baba.. Ba, kuatkan hati ea? Insha-Allah..

Arwah baba : Kalau kekuatan baba ada pada adik.. macam mana dengan kekuatan adik?? cuba bagitau baba??


AllahuRabbi..
Sungguh.. pertanyaan baba tak mampu ku jawab. Airmata terlalu deras mengalir. Ku lari di suatu sudut mendapatkan mama.. Tak mampu ku jawab pertanyaan baba yang terlalu menyentuh hatiku pada saat dia telah tahu bahawa dia akan pergi meninggalkan ku dan juga yang lain selama-lamanya.


Sungguh.. kekuatanku juga sebenarnya adalah baba. Dan ku mohon kekuatan itu dari Allah Ta'ala.. 


Itulah jawapanku buat baba..
Sungguh.. adik terlalu rindukan baba..
Adik tetap sayangkan baba..
Lillahi Ta'ala.. T_T




with 
Puterimu.. Azureen Halim



5 comments:

  1. Salam ziarah dr Pemikir Remaja..

    :)

    ReplyDelete
  2. semoga arwah baba Azureen ditempatkan dalam kalangan hamba yang dikasihi-Nya.. Insya-Allah, Azureen Halim boleh menjadi perempuan solehah yang akan menyenangkan arwah di 'sana'..

    peringatan utk diri sendiri juga..

    ReplyDelete
  3. sedih=(
    arwah baba kau adalah anugerah dari Allah bagi untuk family ko. beruntung mempunyai seorang ayah yg menghidupkan malam2 nya. bukan senang nak cari. jadi kita yang masih hidup ni, teruskan apa yang dilakukan dan selalu mendoakan baba ko yea. selalu hantarkan cahaya ke rumah baba ko yea enon. =)

    aku tau,ko mmg seorang yg kuat. =)

    ReplyDelete
  4. sungguh sayu..sungguhnya betapa bernilai seorg insan bernama bapa selepas ibu.smga ditemptkn dikalngn org yg soleh

    ReplyDelete
  5. al-fatihah..semoga arwah baba Azureen ditmpatkn dlm klngan hamba yang dikasihi-Nya.. Insya-Allah...

    ReplyDelete