Saturday, 13 October 2012

Because I am precious in my own way..



Learn..


PATIENCE from Asiyah r.a
LOYALTY from Khadijah r.a
PURITY from Maryam r.a
SINCERITY from 'Aisyah r.a
and STEADFASTNESS from Fatimah r.a



***********************************************************************************

Everyday, everytime, every minute, I always remind myself.. "Azureen, try your best to do what Allah wills you to do. Put Allah swt first in your life and start do everything, Lillahi Ta'ala."


Saya bukanlah seorang yang gadis yang sempurna, Masih banyak yang perlu diperbaiki, masih banyak yang perlu diperbaharui, akhlak.. akidah.. iman.. segalanya perlu diperbaiki setiap hari. Dan dalam saya berusaha untuk perbaiki, saya juga mahukan redha Allah sentiasa mengiringi diri ini. Inshaa-Allah, moga Allah permudahkan segalanya.


Dulu.. andai terserempak dengan mana-mana gadis seusia dengan saya atau gadis-gadis yang memakai tudung labuh, saya boleh tersenyum seorang diri tahu? Bukan tersenyum kerana merasakan mereka itu kolot, tak up-to-date atau nampak selekeh dengan baju besar, labuh dan longgar. Tapi tersenyum kerana saya teringin sangat sangat dan sangat nak jadi sebahagian daripada mereka. Pada saya, tudung labuh tu cantik, Shawl besar atau pashmina tu cantik. Everything yang labuh tu cantik. Bahkan jauh lebih indah daripada fesyen-fesyen muslimah yang mungkin tersenarai dalam top list 'Trend masa kini'. I don't know why... but I know and I pretty sure that Allah gave me two eyes to see the beautiful 'amanah' from Him. Jauh dalam lubuk hati, saya berbisik "One day.. you'll be like them. And you shall be happy for what you  choose to be in future. Inshaa-Allah"



Creadit to RoadToJannah picture


Kadang-kadang, setiap apa yang berlaku, setiap musibah dan ujian yang menimpa, ada hikmah dari Allah swt sebenarnya buat diri kita, kan?  3 bulan yang lepas, saya dan keluarga diuji dengan kehilangan ayah tercinta. Benar, perginya seorang ayah sebagai tanda dia meninggalkan amanah diri buat kita selama-lamanya. Allah 'ambil' orang yang saya sayang, tapi kemudiannya Dia gantikan dengan sesuatu yang paling berharga buat diri. Dia permudahkan nawaitu saya untuk memakai tudung labuh dengan izin-Nya. AllahuRabbi.. masih teringat sewaktu mula-mula saya membuka bicara menyatakan niat saya pada mama untuk mula bertudung labuh. Since saya masih lagi kepunyaan parents saya, jadi setiap apa yang dirancang saya perlu minta izin daripada mereka terlebih dahulu. Sebaaaaabbb...



Sabda Nabi s.a.w :
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa."


Alhamdulillah.. mama izinkan. Alhamdulillah lagi.. akhirnya saya juga sebahagian daripada gadis-gadis yang bertudung labuh. Kolot? Tak up-to date? Semua tu bukan persoalan bagi saya. Bukan riak atau mahu berbangga dengan perubahan ini, tapi percayalah.. labuh dan longgar, itu yang indah sebenarnya. Walau tak nampak indah pada pandangan manusia, tapi biarlah nampak indah pada pandangan Pencipta kita. Itu yang selayaknya..

17 Julai 2012


Tanggal 17 Julai 2012, detik permulaan saya mengenakan tudung yang super extraordinary. Memandangkan saya tak pasti pada awalnya kedai mana yang saya boleh dapat tudung bersaiz besar, maka saya pilih untuk beli secara online sahaja di blogshop HijabForMuslimah dengan pilihan tudung bersaiz 60'. Memang besar! sangat besar bagi beginner macam saya, sampaikan saya sendiri blur macam mana nak menggayakannya bersesuaian dengan penampilan supaya bila orang pandang, tak timbul pandangan-pandangan negatif pada orang-orang yang memakai tudung bersaiz besar. Sekaligus, bila orang melihat terutamanya kaum hawa, mereka berasa tenang serta tertarik untuk melakukan perubahan daripada "free hair" kepada hijab atau daripada hijab biasa ke hijab yang mengikut syariat seiring dengan akhlaq si pemakai.


Alhamdulillah.. tudung saiz 60', even besar tapi ada hikmah disebaliknya. Believe me, tudung saiz besar, sangat sangat sangat selesa. Saya percaya, Allah tetapkan sesuatu untuk kebaikan.. bukan untuk kecewakan hamba-hambanya. Kita takkan tahu hikmah disebaliknya selagi kita tak cuba untuk menghadapinya kan? 




Tak lengkap rasanya andai bertudung labuh tapi aurat kecil di kaki dan lengan tak dijaga dengan sempurna. Aurat kecil? Yeee.. aurat kecil yang selalu kita abaikan sedangkan yang kecil tu la yang paling senang dididik untuk dijaga. Duluuuuuuu... saya selalu fikir, kalau pakai stokin kaki ni, susah. Sebab kalau pergi rumah orang, nanti nak buang air kecil take time! kene bukak stokin, lps tu pakai balik. Tak pun, maybe stokin akan basah, lepas tu dah tak selesa. Lepas tu, macam ni macam tu macam ni macam tu.. (banyak betul complaint dalam hati). Tapi sekarang.. kalau tak ada stokin kaki, rasa macam sia-sia ada kaki kalau aurat sekecil tu pun tak mampu dijaga. Apatah lagi aurat lengan. AllahuRabbi.. indah sebenarnya agama Allah ni. Jauh lebih indah dari yang kita sangkakan.. Kuasa Allah, untuk jadikan kita lebih baik dari sebelum ni dengan izin Dia.. siapa tahu, kan?


Semoga perubahan ini memberi manfaat yang baik buat diri saya dan keluarga. Semoga perubahan ini menjadi pendekat buat arwah ayah saya ke Jannatul Firdaus.. Bukan pujian dan kritikan yang saya minta kerana pakaian dan penampilan saya, tapi cukup dengan hanya mendoakan agar saya tetap istiqamah dijalanNya. Because, I am precious in my own way.. Lillahitaa'ala :]









with 
AzureenHalim




Thursday, 11 October 2012

Love Remains Forever..



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..



Masa makin berlalu. Minit berganti minit... hari berganti hari.. siang berganti malam.. Dunia berputar pada paksi yang diatur oleh Allah swt dengan sempurna. Sekejap je, sudah 3 bulan lebih baba pulang ke rahmatullah. Ya Allah.. moga baba ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Rindu pada arwah baba tak pernah kurang.. Tapi aku yakin, baba dah persiapkan bekalannya sebaik mungkin untuk penghidupannya di 'sana'. Macam mana dengan diri ini? ya Allah.. masih banyak yang perlu dikumpul. Yang perlu dibekalkan sebelum aku mula menutup mata buat selamanya. Insha-Allah, aku juga kini dalam usaha.. Setiap hari masih beruhasa belajar dan berusaha menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya. Doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah dan kekal istiqomah dijalanNya.


Allah sayang baba.. Adik pun sayang baba.. tapi sayang Allah pada baba jauh lebih besar dibandingkan dengan sayang adik pada baba.. Terima kasih atas jagaanmu dalam membesarkan ku selama 22 tahun ni. Tak terbalas budi besar baba melainkan doa anak pada baba. Inshaa-Allah.. 




Ana uhibbuka fillah abadan abada ya Abi.. Lillahita'ala..




with 
AzureenHalim

Saturday, 15 September 2012

Impian.. Bukan Angan-angan






Saya cuma makhluk Allah,
Saya ada salah silap,
Saya ada lebih dan kurang,
Saya masih belajar bertahan,
Masih belajar perbetulkan keadaan,
Dan akan tetap terus bertahan,
Dalam satu posisi yang telah Allah tetapkan,
Mengikut sunnah dan Al-Quran.




Mohon doa yang berterusan,
Mohon tegur dalam kealpaan,
Mohon tarbiyahkan diri yang kurang,
Hingga akhirnya, saya jadi sebahagian,
Muslimah yang solehah,
Dengan penuh istiqomah,
Dengan izin Allah Ta'ala.. 





with 
Azureen Halim




**Satu kata terbit dari hati.. Ideanya anugerah dari Ilahi, tersusun rapi hingga akhirnya menjadi sebuah puisi. Buat tatapan diri.. peringatan diri.. dan sebagai semangat buat diri.. untuk terus berdiri atas kaki sendiri. Dalam mengejar cinta abadi.. untuk meraih redha Ilahi.. demi mencapai Syurga Firdausi. Insha-Allahu Ya Rabbi :]


Monday, 2 July 2012

Sungguh.. Ku Rindukan Seorang Wali Bergelar Ayah




"  Ayah..
Rasakan dihatimu, secebis kasihku yang kian merinduimu..
Biar kau tiada dimataku.. Asal kau bersama Penciptaku
Juga Penciptamu..
Yang menjanjikan pertemuanku denganmu..
Di syurga milik Yang Satu.. "



Semalam, genap dua minggu baba pulang ke rahmatullah..
Sungguh.. Ku rindukan seorang wali bergelar ayah..
Yang menjadi peneman hidup buat mama,
Yang menjadi seorang Abi contoh buat si anak-anak..


Sungguh... Ku rindukan seorang wali bergelar ayah..
Yang tidak pernah ku lihat airmatanya mengalir disaat dia dalam kesempitan dan ditimpa ujian..
Yang kulihat tabahnya hati seorang lelaki yang malamnya diisi dengan tahajud hanya untuk mengadu nasib dan memohon kelapangan dalam setiap kesulitan dari Allah Al Samii'
Yang kulihat sentiasa sabar dan redha atas setiap perjalanan hidup aturan Tuhan..
Yang kulihat cekalnya hati seorang lelaki bergelar suami dan ayah dalam menyediakan apa yang terbaik buat keluarga yang dibina dengan penuh rasa kasih dan sayang..
Yang kulihat, kuatnya hati pada Allah nan satu disaat dia diuji dengan nikmat sakit yang melemahkan setiap kudrat dalam badan..
Yang kulihat, matinya bagaikan mendapat Khusnul Khatimah..
Tenang.. mudah.. dan mengukir senyum diwajah kaku milik seorang hamba Allah yang ku gelar ayah..


Sungguh.. Ku rindukan seorang wali bergelar ayah..
Yang dulunya ku simpan angan, andai diriku dikhitbah oleh seorang lelaki yang  ditakdirkan menjadi imam buatku,
Ku inginkan suasana akad yang dinikahkan oleh babaku..
Yang dulunya ku simpan angan, melihat tangis seorang ayah atas kejayaan ku.
Ku inginkan sebuah potret kejayaan disamping mama dan baba, untuk dijadikan kenang-kenangan dalam hidupku..
Ya, semuanya akan tetap menjadi angan.. Ternyata, nilai kasih seorang anak tidak mampu menandingi kasihnya Pencipta terhadap makhluk ciptaanNya yang berpangkat manusia..


Sungguh.. Ku rindukan seorang wali bergelar ayah..
Sungguh.. Ku panjatkan rasa syukur atas keindahan aturan Rabb-ku pada sebuah perjalanan hidup yang ternyata sempurna..
Ku yakin, ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya..
Baba pergi menghadap Ilahi..
Perginya meninggalkan 'amanah' buat diri..
Dan amanah itu adalah diriku sendiri..


Sungguh.. soal aurah dan akhlak diri. Itu yang dipertanggungjawabkan dan harus dipelihara hingga ke akhir hayatku nanti.
Amanah besar buat diri.. sikit pun tidak terbeban dengan kehendak hati..
Kerana ku hanya kasihkan arwah yang telah pergi..


Sungguh.. Ku ingin jadi solehah, harta yang paling 'mahal' buat si mati..
Yang dapat membantunya tiba di Jannatul Firdausi..


Sungguh.. Ku rindukan seorang wali bergelar Abi..
Ku harap amalku mendapat redha Ilahi..
Bukan semata-mata kerana ganjaran yang diperolehi..
Tapi biarlah ianya ikhlas, terbit dari hati..
Kerana ku impikan pertemuan yang dijanjikan dari Rabb-ku..
Untuk bertemu dengan seorang ayah yang ku panggil baba, wali utama untukku..

Moga Allah tempatkan baba, dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh..


*******************************************************

Kata-kata arwah yang menyentuh hatiku, 4 hari sebelum dia pergi buat selama-lamanya :

Aku : Baa.. baba kene kuat. Allah tengah uji baba.. Adik ada, mama ada, kak long.. abang mer, abang yee.. semua ada beri kekuatan pada baba.. Ba, kuatkan hati ea? Insha-Allah..

Arwah baba : Kalau kekuatan baba ada pada adik.. macam mana dengan kekuatan adik?? cuba bagitau baba??


AllahuRabbi..
Sungguh.. pertanyaan baba tak mampu ku jawab. Airmata terlalu deras mengalir. Ku lari di suatu sudut mendapatkan mama.. Tak mampu ku jawab pertanyaan baba yang terlalu menyentuh hatiku pada saat dia telah tahu bahawa dia akan pergi meninggalkan ku dan juga yang lain selama-lamanya.


Sungguh.. kekuatanku juga sebenarnya adalah baba. Dan ku mohon kekuatan itu dari Allah Ta'ala.. 


Itulah jawapanku buat baba..
Sungguh.. adik terlalu rindukan baba..
Adik tetap sayangkan baba..
Lillahi Ta'ala.. T_T




with 
Puterimu.. Azureen Halim



Sunday, 6 May 2012

Love After Nikah..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..




Assalamualaikum wbt..

Amboi tajuknya, bukan main kan? Hehe. Ok, sebenarnya takde la nak update ye ye sangat soal cinta-cinta ni. Tak mahir mane pun kalau bab cinta-cinta ni, tapi since kebelakangan ni, macam banyak sangat saya dapat inspirasi tambahan soal "Love After Nikah" ni, jadi tak salah kan kalau saya update pasal ni. Inshaa-Allah.. 


Apa "Love After Nikah" tu? Boleh wujud ke? Boleh percaya ke? Soalan-soalan macam ni mungkin dah terlalu biasa dipersoalkan, tapi kalau kita tahu jawapan disebalik tu berdasarkan keyakinan dan kepercayaan pada aturan Allah swt, mesti jadi luar biasa kan? Macam totally amazing! macam owesome mo-some sangat! kan? For me, absolutely, yes! Sebab, aturan Allah swt atas setiap makhluk ciptaanNya memang dah cukup sempurna. Cuma kita je yang kadang-kadang tersalah tafsir bila ditimpa sesuatu musibah(ujian). 


Setiap orang punya pendapat yang berbeza-beza, dan ini cuma sebahagian daripada pendapat saya. For me, "Love after nikah" will be more blissful, full of mercy and Inshaa-Allah indah sebab salah satunya, love comes after marriage and it's automatically halal in a way of Islam. At least, pada awalnya saya berusaha untuk menjaga diri saya daripada sesuatu yang belum pasti. Saya berusaha untuk menjadi 'exclusive' demi diri dan keluarga saya, dan Inshaa-Allah, one day.. akan terus jadi 'exclusive' demi bakal imam saya. Saya tak tafsirkan kalau cinta sebelum kahwin tu sesuatu yang haram atau tak bagus. Actually, ramai je yang bercinta sebelum kahwin hidup bahagia anak cucu, hidup penuh berkah dan sama-sama berusaha untuk mencapai syurga, sebab bahagia dan berkah tu datangnya dari Allah swt dan Allah lah sebaik-baik nilaian. Cuma, ianya terpulang pada individu untuk memilih yang macam mana. Tapi apa yang saya tekankan kat sini, soal jihad seorang gadis dalam menjaga ikhtilat dan kemahuan hati demi mencapai redha Allah swt.


"Sesungguhnya perasaan itu satu FITRAH. Tapi, jangan benarkan yang FITRAH itu akhirnya menjadi FITNAH.."


Jika diberi pilihan pada saya, antara bercinta sebelum kahwin atau bercinta selepas kahwin, saya pilih untuk selepas kahwin. Dan apa lagi yang menjadi impian pada saya, andai pilihan itu datangnya dari redha dan restu dari mama dan baba saya. Sebab, keredhaan saya terletak pada keredhaan dari kedua ibu bapa saya, dan keredhaan mereka berdua letaknya pada keredhaan Allah swt. Jadi, kalau boleh untuk sesuatu yang 'long term' perjalanan hidupnya, biarlah sama-sama mendapat redha Allah.. itu lebih rahmat, dan itu lebih berkat. Insha-Allah.. =)


Alhamdulillah, dengan izin Allah.. finally! finally!! Allah salurkan keindahan dan keberkatan sebenar "love after nikah" yang sebelum ni  mungkin saya tak berapa nak jelas sangat soal kesahihan "perasaan selepas kahwin". But, i still do strongly believe in Allah's fate and strongly believe in "Love After Nikah". Kalau itu yang Allah takdirkan untuk kita, then no need to worry sangat lah kan atas setiap apa yang berlaku selepas tu? Sebab janji Allah tetap bersama-sama dengan kita dan aturan Allah adalah aturan terbaik buat kita. Inshaa-Allah..


Jadi, Allah salurkan keindahan sebenar "Love after Nikah" melalui siapa? Melalui kisah  Farah Lee dan Dena Bahrin (confirm ramai yang dah tau nih..) yang kahwin pada usia yang muda dan keduanya kahwin atas dasar pilihan keluarga. No, what I extremely mean is, their husband datang merisik dulu padahal sebelumnya dia orang tak kenal each other sangat (I mean , tak kenal secara rapat). Tak pernah bercinta dan si lelaki datang merisik jumpa mak dan ayah atas keyakinan pada pilihannya dan keyakinan pada diri untuk sedia menjadi suami. See, jumpa mak ayah terus, bukan tanya pada tuan punya diri dulu. So, kisah mereka berdua akhirnya menjadi inspirasi  kepada ramai kaum Hawa, sekaligus jadi bukti kalau "Love after Nikah" tu memang betul-betul amazing dan disarankan dalam Islam, sebab Allah swt is totally amazing and the best of planner for us as a muslim. It's like a wonderful and beautiful love story begin between a wife and a husband with a mercy from Allah after nikah. Inshaa-Allah..


" Lelaki yang baik, akan mendekatkan diri kepada cintanya dengan Akad Nikah"


To be truth, 3 tahun yang lepas that's mean, usia saya waktu tu baru 19 tahun, saya pernah impikan perkara sebegini. Even waktu tu rasa macam entah apa-apa je fikir soal jodoh dalam waktu usia yang masih lagi belasan umur, tapi sebenarnya dan hakikatnya, saya impikan jodoh yang datang melalui mama dan baba saya. Macam, parents choice la... Saya nak jaga sebenar-benar perasaan untuk bercinta selepas kahwin. Even itu memang disarankan dalam Islam, tapi saya meletakkannya sebagai sesuatu yang paling utama ialah redha dan restu mama dan baba pada saya. Apa yang lebih menjadi inspirasi buat saya ialah, kisah mama yang berkahwin dengan pilihan arwah nenek even waktu tu mama tak kenal sangat pun baba, in fact, mama reject se-reject rejectnya baba dulu tau? Tapi, kerana inginkan barakah dan restu yang berpanjangan, finally.. mama terima baba. Even though pada awalnya, yang sukakan mama secara serius tu sebenarnya baba sewaktu baba jadi salah seorang daripada cikgu ganti pada subjek Sejarah untuk kelas mama (kiranya, cikgu berkenan kat anak murid la...hehe). Dan baba suka bukan sekadar suka,  tapi suka kerana Allah yang akhirnya beri kekuatan pada baba untuk jumpa nenek and proposed mama, few years after. Dan Alhamdulillah.. bercinta selepas nikah dan akhirnya kekal bahagia sampai ke hari ni, susah senang bersama dan Inshaa-Allah hingga keduanya mencapai syurga. Itu yang menguatkan lagi pegangan saya hingga ke hari ni dan Inshaa-Allah, sampai bila-bila.. ^^


"Different people, different stories but we all have the same mission & vision, to be a good servant, live happily with blessing from Allah."
-DenaBahrin-

Memang susah untuk berpegang pada sesuatu yang kita tak pasti aturannya bagaimana. Tapi pada saya, selagi kita jaga ikhtilat(pergaulan) dengan mereka yang ajnabi, selagi kita meletakkan Allah swt sebagai keutamaan dalam hati, selagi kita jaga sebaiknya kemahuan dan nafsu hati, selagi kita yakin kalau Allah yang lebih mengetahui. Inshaa-Allah, Allah aturkan sesuatu yang paling baik buat kita. Sebab manusia dilahirkan dengan fitrah yang pelbagai.. Segalanya kita serahkan pada Allah, cuma sebahagian daripada ikhtiar kita adalah berdoa, berdoa dan terus berdoa memohon yang terbaik buat diri. Dan doa itu ada dalam tahajjud kita.


Andai kita mahukan pasangan yang soleh dan solehah, maka persiapkanlah diri untuk menjadi salah satu daripada itu. Andai kita mahukan yang terbaik dari Allah, maka persiapkan diri melakukan apa yang terbaik semata-mata keranaNya. Jangan terlalu obses dengan nikmat duniawi dan jangan terlalu obses untuk merancang, sebab yang layak menentukan itu cuma Allah swt. Walau hebat macam mana sekalipun apa yang kita rancang, sebenarnya bukan kuasa kita untuk menentukan kejayaan bagi sesuatu rancangan itu. Hanya dengan izin Allah sahaja, apa yg dirancang, akan berlaku. Maka, rancanglah sebaik-baiknya, dan serahkan segalanya pada Allah dengan yakin. Inshaa-Allah, Allah tidak akan pernah kecewakan kita. Sekali-kali tidak.. begitu juga soal jodoh. ^^


 Creadit to : Dena Bahrin photo.


"Ikhwan.. If you really like her, need her and want to be with her for the sake of Allah and for the rest of your life, and if you want to begin the journey together towards forever in Jannatul Firdaus, Be a MAN. Don't approach her, but approach her Wali first. Just prepare yourself with iman and make Niyat to become a great Imam to guide her and your future child."


"Akhwat.. If you want a best guy to be your best partner and your best Imam, for the sake of Allah and for the rest of your life, please save your priority especially your dignity. Be like a pearl stone that only one individual can afford, reach and get you. And if you've been proposed, you feel anxious or feel confused, do Istikharah prayer and make a real decision. It may take time but believe in Allah and keep faith in Him. He has always prepared something better for you, Inshaa-Allah.."




with 
AzureenHalim



Monday, 23 April 2012

Tips Wajah yang Berkat





Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah.. dapat juga saya siapkan entry yang baru kali ni. Dah lama sebenarnya nak update blog, tapi memandangkan laptop selalu buat hal, jadi terpaksa saya update sedikit demi sedikit untuk siapkan satu entry penuh, memang ambil masa sebelum post entry yang baru ni. Ya Allah.. dugaan pada saya untuk berkongsi banyak perkara melalui laman blog. Tapi, alhamdulillah.. dipermudahkan Allah semuanya (^^)


Bila sebut soal wajah, pasti ramai yang akan cuba berkongsi tips-tips penjagaan, ada jugak yang cadangkan penggunaan produk-produk yang ada dipasaran sekarang, tak kira lah sama ada lelaki atau perempuan, semuanya punya cara penjagaan tersendiri, kan? Tapi bagi saya, itu semua cuma penjagaan wajah secara sampingan. Apa yang kita nak, originality wajah kita bila orang pandang, mendatangkan ketenangan pada hati mereka. Itu yang dikatakan, wajah yang berkat. Even tak pakai mekap pun, still cantik pada pandangan mereka, sejuuuuuuukkk je mata memandang, sebab definisi cantik tu sendiri subjektif, kan? Susah nak describe pada pandangan mata manusia yang berbeza-beza.


Okay, tak apa. Kali ni saya kongsikan tips-tips yang paling senang tapi kene istiqamah untuk diamalkan. Alhamdulillah.. saya sendiri pun sedang cuba amalkan, moga kita sama-sama amal dan peroleh wajah yang berkat. Inshaa-Allah, lelaki atau perempuan, confirm comel-comel belaka nanti. heeee :)



5 Tips Mudah :



  • Berzikir dalam Al-Quran :  Maksudnya, biasakan diri dengan membaca Al-  Quran (bukan mengaji sambil berzikir ye?) sebab zikir tu sendiri bermaksud Al-Quran. Kenapa kene biasakan diri dengan Al-Quran? Sebab dalam kalam Allah itu, ada baaaaanyak sangat doa-doa mustajab, sebagai panduan hidup dan pengajaran serta sunnah nabi saw yang terkandung dalam Al-Quran. Pendek kata, All in one! Insha-Allah, hati  pun makin tenang dan makin beriman. 


"Dzikrullah itu ialah al-Qur’an yang telah Allah turunkan kepada Rasul-Nya, dengannya akan tenang hati orang yang beriman, karena hati tidak akan tenang kecuali dengan iman dan yakin. Dan tidak ada jalan untuk memperoleh keimanan dan keyakinan kecuali dengan al-Qur’an"
[Imam Ibnu Qoyyim]

  • Biasakan diri dengan wudhuk dan sempurnakan solat :  Sentiasa biasakan diri dengan wudhuk tu salah satu daripada sunnah Nabi saw. Banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa menjaga wudhuk pada diri, in fact, wajah yang sentiasa tunduk (sujud) pada Allah swt akan terserlah seri pada wajahnya. Bukan seri biasa tahu? Ada nur. Nur yang bukan semua orang dapat. Itu yang kita nak :)

" Sesiapa yang banyak melakukan solat sunat diwaktu malam (tahajjud), mukanya akan cantik dan bercahaya pada siangnya"
[ HR Ibnu Majah)

  • Perbanyakkan sedekah(senyuman) dan bermanis muka :  Yep, sedekah yang paling ringan sekali ialah sedekahkan senyuman dan bermanis muka. Sebab, melalui senyuman, kita mungkin dah menghiburkan hati orang lain yang tengah down ke, tengah serabut ke, kita tak tahu kan? Pendek kata, dengan senyuman, mungkin kita dah menyenangkan hati orang lain, so menyenangkan hati orang lain itu juga satu ibadah ringan. Ikatan ukhwah terpelihara, ibadah pun terjaga. Sesungguhnya, Allah swt tak suka orang yang sentiasa bermasam muka tau?

" Dan janganlah kamu memperkecilkan perkara baik walaupun sekadar bermanis muka apa bila berjumpa saudaramu"
[Hadis Sahih]

  • Jauhkan diri dari maksiat :   Tahukah anda, definisi maksiat tu sangatlah besar. Dan semua orang tahu kalau melakukan maksiat itu satu dosa.  Tapi, tahukah anda? satu maksiat yang kita buat, sama ada secara sengaja atau tidak bersamaan dengan satu  titik hitam pada hati. Semakin banyak maksiat yang kita lakukan, semakin banyak titik hitam pada hati, sekaligus mengeruh dan menggelapkan wajah kita. So, bersihkan hati kita, sentiasa beristighfar, sentiasa bertaubat, dan jangan dekati maksiat lagi. Jangan! Jangan! Jangan! Kene taubat nasuha. :)

  • Makan makanan yang halal dan dari sumber yang halal :  Indeed. Setiap makanan yang halal, mesti bersumberkan dari sumber yang halal. Katakanlah, kalau kita beli makanan yang halal, tapi dari sumber yang tidak halal, automatik makanan tu jadi makanan yang haram. So, bila kita makan makanan dari sumber yang haram, yang haram tu akan jadi sebahagian daripada darah daging kita dan sekaligus mengeruhkan wajah kita. So, by hook or by crook, pastikan setiap sumber makanan halal kita dalah dari sumber rezeki yang halal jugak. 

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Dan ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati."

[Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]



Ada beza antara wajah yang cantik dan wajah yang berkat. See, Wardina Safiyyah is one of people who got 'wajah yang berkat' ni. Subhana-Allah..  
Let's be one! (^^)



with  
AzureenHalim






Sunday, 1 April 2012

Kisah Hantaran Al-Quran..



Buat mereka yang bakal mendirikan baitulmuslim..

“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah.. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba.. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaan i rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnass yaitaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong .” [An-Nahl : 105]

“Barang siapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”
(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


copied : informasi