Thursday, 29 March 2012

Husnudzon Pada Ujian Allah..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


"Ya, husnudzon pada ujian Allah, yakni bersangka baik lah pada ujian yang datangnya dari Allah swt. Walau sebesar mana pun musibah ujian itu datang, bersangka baik lah pada Allah swt. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu."

*********************

Antara bait-bait kata yang selalu saya ingatkan pada diri setiap kali saya diuji Allah. Benar, ujian Allah pada hambaNya tu tak sama. Ada yang merasa ujian Allah cuma satu purnama, ada yang merasa ujian Allah bertahun-tahun lamanya, dan ada yang merasa ujian Allah yang diluar jangkanya. Tapi, semua tu datangnya dari Allah swt dan Dia lebih tahu, kalau hambanya mampu menghadapi. Allah tak menguji hambanya diluar kemampuan diri hamba-hambaNya. Allah itu tak kejam. Cuma kita yang selalu salahkan takdir atas musibah yang menimpa diri.


"...dan tidaklah Allah uji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."


Jangan salahkan takdir andai ujian Allah itu kita tak mampu hadapi. Tapi, cuba salahkan diri sendiri kalau kita tak pernah nak tarbiyahkan diri bahawa kehidupan di dunia ni tak terlepas dari ujian Allah walau cuma satu situasi. Benar, Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara. Yang kaya.. yang miskin.. yang berjaya.. yang gagal.. yang beriman.. atau yang mengabaikan Allah, semua punya ujian tersendiri. Hatta, saya sebagai manusia biasa, pun tak terlepas daripada ujian Ilahi.


Saya baru beberapa bulan selesai tamat pengajian diperingkat diploma, dan macam biasalah.. orang akan bertanyakan sama ada saya berkerja 'part time' atau tidak sementara dapat offer baru untuk ke peringkat ijazah. Dan secara jujurnya, saya masih belum bekerja. Bukan taknak cari kerja atau hantar resume ke mana-mana firma ukur bahan untuk cari peluang kerja, itu salah satu plan awal sebelum saya tamat pengajian baru-baru ni. Tapi, ada kekangan yang menghalang buat sementara. Benarlah kata orang, kita merancang, walau sebaik apa pun rancangan kita tu, Allah lah yang menentukan sebaik-baik rancangan buat kita dengan izin-Nya. Mahu atau tidak, saya perlu redha dan tawakal, kerana Dia tahu apa yang saya tak tahu. Kerana keluarga juga sedang diuji Allah.


Seriously, memang agak kecewa tiap kali orang bertanyakan soal kerja. Dan macam biasa, jawapan yang sama saya berikan. Masih belum bekerja atau  dalam bahasa yang mudah, 'tanam anggur'. Dan tak mustahil jugak kalau orang akan labelkan saya sebagai seorang yang malas bekerja, tak yakin dengan situasi kerja, tak berusaha cari duit sendiri bla..bla..bla.. semua saya fikirkan. Sampai kadang-kadang ada timbul rasa marah, dan rendah diri pada diri sendiri. Mama cakap "itu ujian Allah, yang disampaikan melalui manusia. DIA nak uji, hati ni sabar atau tak dengan mulut-mulut orang yang mungkin kekadang melukakan hati kita sendiri tanpa sedar, walau hakikatnya, diorang tak berada di tempat kita sekarang, dan tak merasa apa yang kita rasa".


Mama benar, kalau DIA tak izinkan, kenapa kita mesti lawan ketentuan-Nya? Mungkin Allah punya aturan yang lebih baik. Cuma, mereka tak tahu kalau saya juga punya masalah tersendiri. Atau mereka kurang faham kalau sesetengah perkara tak berlaku sebagaimana yang dirancang itu juga satu ujian pada diri. Sebab, semuanya berlaku dengan izin Allah Ta'ala, bukan dengan izin kita. 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah 2:216]


Tapi saya tetap husnudzon. Husnudzon kalau ada hikmah yang terbaik disebalik ujian ni. Sebenarnya, kita terlalu cuba untuk puaskan pandangan orang, hinggakan kita abai pandangan Allah. Sebab kita menilai, kalau ujian Allah tu membebankan hidup. Ringkasnya, Allah memberi ujian kerana Allah nak lihat, dimana letaknya iman kita. Macam mana kita boleh cakap kalau kita beriman sedangkan kita selalu salahkan takdir atas setiap musibah yang berlaku? Itu tak redha namanya. Ujian demi ujian, Allah berikan pada hambanya sebagai peringatan, walau berat macam mana pun ujian itu, jangan abaikan Allah. Jangan salahkan Allah.. walau dengan hanya mempersoalkan apa dosa kita sehingga Allah memberi ujian yang terlalu berat untuk dipikul. 


"Dari Allah musibah itu datang, dan pada Allah kita mohon pertolongan.."


Sebenarnya Allah terlalu rindukan rintihan kita. Dia uji, uji dan uji sehingga hati yang ego akhirnya tunduk merintih pada Allah untuk mohon pertolongan. Belajarlah untuk husnudzon (bersangka baik). Kerana husnudzon itu sendiri mengajar otak dan hati kita untuk lebih redha dan tawakal pada aturan Allah..  Andaikata kita diuji, kita jangan lupa ucapkan syukur sebab masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita. Jadi kenapa kita mesti merungut ketika diuji? Kan?  Wallahu'alam...


"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" 
[At-Taghabun:11]



with 
AzureenHalim 




Tuesday, 13 March 2012

Craving-ness T_T


Ya Allah.. saya craving nak makan ni. Craving yang amat. Craving sangat-sangat. Sungguh susah nak describe macam mana. Dah 3 4 hari dah craving nih, tapi sayangnya kat area KT takde jual, (pasrah) sobss....sobbsss... T_T

Boleh menangis tengok packaging ni, huhuuu... :(
 

This is mini Jaffa cakes. Kalau sesiapa yang pernah makan mesti tau macam mana rasa. Dap! mini sponge cake as a based, layered with orange jelly, and topped with choco (Dapnyeeee.....Dapnyeeeeee...haha). First time jugak saya makan snack ni. Itu pun, dapat rasa dari kawan punya. Ya Allah... Allah is AMAZING!! sebab kalau bukan kerana kuasa Dia, orang yang mencipta makanan ni takkan dapat ilham macam mana nak produce one of double-licious snack macam ni, kan? 


Tapi dekat sini (Malaysia) tak banyak yang jual. Certain shopping mall je yang ada, dan kalau ada pun mesti LIMITED, huhu.. And I'm pretty sure, this snack will be one of my favorite now. Oh, mini Jaffa cakes ni harga dia sangat reasonable, RM8/packaging. Ok la tu, nak compare dengan Macaron yang RM2.80 sebiji. Kalau RM8, baru berapa ketul je yang dapat, sedihnye.. tapi tak kisah la, sebab I am not a fan of  macaron. Sebab macaron tu, macam manis tak ingat dunia, kan? (tolonglah angguk tanda setuju)


Semalam dah message abang, mintak tolong dia belikan. Tapi, dia pun tak tau Jaffa cakes tu apa. Ok, lagi sedih sebab dia tak tau. Tapi dah shared gambar. Inshaa-Allah, mohon dia dapat jumpa mini Jaffa cakes ni nanti. Mohon sangat-sangat, Allah permudahkan urusan abang saya untuk cari mini Jaffa cakes untuk adik dia yang craving sesangat ni, ameen.. ameen.. (kehkeh :p)


And last but not least, Terima kasih ya Allah atas nikmat rasa yang masih ada :')



with 
AzureenHalim





Note: Maafkan saya sebab mengomel pasal makanan kali ni. Saya craving sangat, sampai rasa nak buat entry pasal Jaffa cake. Teruknya Ajureen nih =.='



Friday, 9 March 2012

Tazkeerah #3




Based on the words above, all of these words belong to the same meaning, right?

 "What will be, will be" or  "If it's meant to be, it will be"

Because whatever Allah decrees will happen. For an easy example, If Allah SWT wants you to be with a certain someone, then no matter how impossible it may seem, you will be together. And if Allah SWT doesn’t want you two to be together, then nothing will make things work out. No matter how hard you try.

Trust in Allah, for He knows whats best for you exactly! Just dont get too frustrated when your relationship doesnt work with someone, just believe Allah has written your spouse in Heaven and Allah will never do mistake when He decided who will be your true soulmate to accompany you for the rest of your life and to learn together to reach Jannah


 كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Fighting is prescribed for you, and He dislike it. But it is possible that He dislike a thing which is good for you, and that He love a thing which is bad for you. But Allah knoweth, and He know not."
[Al-Baqarah 2:216]



Creadit to : A Little Reminder 

Monday, 5 March 2012

Jutaan Doa..



Assalamualaikum wbt..


Semua dah sedia maklum bukan? soal isu terkini mengenai nasib saudara-saudara Islam kita di Syria. Kalau ada yang masih kabur-kabur dengan isu di Syria, saya rasa kene mula bertindak untuk ambil tau. Bukan berkenaan dengan isu di Syria je, tapi di Palestin, Gaza dan Iraq perlu dititik beratkan juga. Kalau tak sempat follow-up melalui siaran berita dikaca tv atau, mungkin tak ada masa untuk baca setiap berita luar negara di ruangan akhbar-akhbar harian, tak apa. Boleh baca dan update setiap isu terkini mengenai Syria dan Palestine di ruangan ini.

 PalestinKini <-- Klik sini



Memang KENE ambil tahu soal keadaan semasa saudara-saudara Islam kita di seluruh dunia. Sebab, setiap kejadian dan keadaan yang berlaku ada ibrah disebaliknya untuk kita. Saya akui, saya juga dulu kurang berminat untuk ambil tahu soal-soal peperangan, pertumpahan darah dan sebagainya, sebab pada saya, negara saya sekarang dah cukup aman damai, untuk apa lagi saya perlu ambil tahu soal negara lain yang sedang bergolak? Agak la dhaif saya waktu tu.. Bukan dhaif je, malahan rasa seperti satu perasaan selfish yang amat tinggi terhadap saudara-saudara Islam kita yang lain. Astaghfirulahalazim..




Saya percaya, sekarang masih ramai lagi yang masih ambil ringan soal isu-isu semasa saudara kita seperti ni. Apalah sangat 4-5 minit tu kita gunakan untuk ambil tahu mengenai saudara se-Islam kita, nak dibandingkan dengan  2-3 jam kita dengan isu-isu semasa artis, gossip dan sebagainya. See.. nampakkan situ? kita tak adil sebenarnya dengan saudara kita sendiri.


"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI."
(Sabda Nabi SAW)

Kita tiap hari, bangun untuk bekerja, untuk belajar, untuk berhibur dan sebagainya. Tapi, saudara kita tiap hari, bangun untuk jihad dijalan Allah. Untuk tegakkan hak mereka dinegara mereka sendiri. AllahuRabbi... berbeza sangat dengan kita yang hidup di negara yang masih lagi aman. Mungkin sebab tu, kita jadi ego tanpa sedar dengan saudara Islam kita yang hidup sehari-harinya penuh dengan jihad kerana Allah Ta'ala. Cuba nilai dimana perbezaan antara kita dengan mereka? Kita masih lemah untuk menghadapi jihad seperti video di bawah ni bukan?




Secara kasarnya, memang lah kita tak mampu nak bantu mereka untuk sama-sama berjihad. Tapi, Islam tak halang umatnya untuk jalankan tanggungjawab jihad dari sudut lain. Yes, mulai sekarang, kene jalankan peranan kita sebagai Muslim dan sebagai manusia yang sama-sama hidup di  bumi Allah ni. Jadi, apa yang perlu kita buat? 



PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
  1. Mendoakan saudara kita di Syria
  2. Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan@bekalan makanan
  3. Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA,PALESTINE,IRAQ,GAZA etc..

Paling tak pun, nombor 1 dan nombor 3 kalau kita buat, dah cukup membantu diorang. We might don't have any weapon to help them, but Du'a is the best weapon ever for Muslim. Saya mohon, berdoalah untuk saudara kita. Please, keep pray for Syria, Palestine, Gaza and etc. Mohon dengan sangat dengan kalian, sebab hanya dengan doa yang dapat menyatukan kita dengan muslim yang lain. Biiznillah.. 


Hasbunallahu wa ni'mal wakil.
 "Cukuplah ALLAH (menjadi penolong)bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung" 
(Ali-imran 3:173). 



with 
AzureenHalim