Learn..
PATIENCE from Asiyah r.a
LOYALTY from Khadijah r.a
PURITY from Maryam r.a
SINCERITY from 'Aisyah r.a
and STEADFASTNESS from Fatimah r.a
PATIENCE from Asiyah r.a
LOYALTY from Khadijah r.a
PURITY from Maryam r.a
SINCERITY from 'Aisyah r.a
and STEADFASTNESS from Fatimah r.a
***********************************************************************************
Everyday, everytime, every minute, I always remind myself.. "Azureen, try your best to do what Allah wills you to do. Put Allah swt first in your life and start do everything, Lillahi Ta'ala."
Saya bukanlah seorang yang gadis yang sempurna, Masih banyak yang perlu diperbaiki, masih banyak yang perlu diperbaharui, akhlak.. akidah.. iman.. segalanya perlu diperbaiki setiap hari. Dan dalam saya berusaha untuk perbaiki, saya juga mahukan redha Allah sentiasa mengiringi diri ini. Inshaa-Allah, moga Allah permudahkan segalanya.
Kadang-kadang, setiap apa yang berlaku, setiap musibah dan ujian yang menimpa, ada hikmah dari Allah swt sebenarnya buat diri kita, kan? 3 bulan yang lepas, saya dan keluarga diuji dengan kehilangan ayah tercinta. Benar, perginya seorang ayah sebagai tanda dia meninggalkan amanah diri buat kita selama-lamanya. Allah 'ambil' orang yang saya sayang, tapi kemudiannya Dia gantikan dengan sesuatu yang paling berharga buat diri. Dia permudahkan nawaitu saya untuk memakai tudung labuh dengan izin-Nya. AllahuRabbi.. masih teringat sewaktu mula-mula saya membuka bicara menyatakan niat saya pada mama untuk mula bertudung labuh. Since saya masih lagi kepunyaan parents saya, jadi setiap apa yang dirancang saya perlu minta izin daripada mereka terlebih dahulu. Sebaaaaabbb...
Tanggal 17 Julai 2012, detik permulaan saya mengenakan tudung yang super extraordinary. Memandangkan saya tak pasti pada awalnya kedai mana yang saya boleh dapat tudung bersaiz besar, maka saya pilih untuk beli secara online sahaja di blogshop HijabForMuslimah dengan pilihan tudung bersaiz 60'. Memang besar! sangat besar bagi beginner macam saya, sampaikan saya sendiri blur macam mana nak menggayakannya bersesuaian dengan penampilan supaya bila orang pandang, tak timbul pandangan-pandangan negatif pada orang-orang yang memakai tudung bersaiz besar. Sekaligus, bila orang melihat terutamanya kaum hawa, mereka berasa tenang serta tertarik untuk melakukan perubahan daripada "free hair" kepada hijab atau daripada hijab biasa ke hijab yang mengikut syariat seiring dengan akhlaq si pemakai.
Alhamdulillah.. tudung saiz 60', even besar tapi ada hikmah disebaliknya. Believe me, tudung saiz besar, sangat sangat sangat selesa. Saya percaya, Allah tetapkan sesuatu untuk kebaikan.. bukan untuk kecewakan hamba-hambanya. Kita takkan tahu hikmah disebaliknya selagi kita tak cuba untuk menghadapinya kan?
Dulu.. andai terserempak dengan mana-mana gadis seusia dengan saya atau gadis-gadis yang memakai tudung labuh, saya boleh tersenyum seorang diri tahu? Bukan tersenyum kerana merasakan mereka itu kolot, tak up-to-date atau nampak selekeh dengan baju besar, labuh dan longgar. Tapi tersenyum kerana saya teringin sangat sangat dan sangat nak jadi sebahagian daripada mereka. Pada saya, tudung labuh tu cantik, Shawl besar atau pashmina tu cantik. Everything yang labuh tu cantik. Bahkan jauh lebih indah daripada fesyen-fesyen muslimah yang mungkin tersenarai dalam top list 'Trend masa kini'. I don't know why... but I know and I pretty sure that Allah gave me two eyes to see the beautiful 'amanah' from Him. Jauh dalam lubuk hati, saya berbisik "One day.. you'll be like them. And you shall be happy for what you choose to be in future. Inshaa-Allah"
Creadit to RoadToJannah picture |
Kadang-kadang, setiap apa yang berlaku, setiap musibah dan ujian yang menimpa, ada hikmah dari Allah swt sebenarnya buat diri kita, kan? 3 bulan yang lepas, saya dan keluarga diuji dengan kehilangan ayah tercinta. Benar, perginya seorang ayah sebagai tanda dia meninggalkan amanah diri buat kita selama-lamanya. Allah 'ambil' orang yang saya sayang, tapi kemudiannya Dia gantikan dengan sesuatu yang paling berharga buat diri. Dia permudahkan nawaitu saya untuk memakai tudung labuh dengan izin-Nya. AllahuRabbi.. masih teringat sewaktu mula-mula saya membuka bicara menyatakan niat saya pada mama untuk mula bertudung labuh. Since saya masih lagi kepunyaan parents saya, jadi setiap apa yang dirancang saya perlu minta izin daripada mereka terlebih dahulu. Sebaaaaabbb...
Sabda Nabi s.a.w :
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa."
Alhamdulillah.. mama izinkan. Alhamdulillah lagi.. akhirnya saya juga sebahagian daripada gadis-gadis yang bertudung labuh. Kolot? Tak up-to date? Semua tu bukan persoalan bagi saya. Bukan riak atau mahu berbangga dengan perubahan ini, tapi percayalah.. labuh dan longgar, itu yang indah sebenarnya. Walau tak nampak indah pada pandangan manusia, tapi biarlah nampak indah pada pandangan Pencipta kita. Itu yang selayaknya..
Tanggal 17 Julai 2012, detik permulaan saya mengenakan tudung yang super extraordinary. Memandangkan saya tak pasti pada awalnya kedai mana yang saya boleh dapat tudung bersaiz besar, maka saya pilih untuk beli secara online sahaja di blogshop HijabForMuslimah dengan pilihan tudung bersaiz 60'. Memang besar! sangat besar bagi beginner macam saya, sampaikan saya sendiri blur macam mana nak menggayakannya bersesuaian dengan penampilan supaya bila orang pandang, tak timbul pandangan-pandangan negatif pada orang-orang yang memakai tudung bersaiz besar. Sekaligus, bila orang melihat terutamanya kaum hawa, mereka berasa tenang serta tertarik untuk melakukan perubahan daripada "free hair" kepada hijab atau daripada hijab biasa ke hijab yang mengikut syariat seiring dengan akhlaq si pemakai.
Alhamdulillah.. tudung saiz 60', even besar tapi ada hikmah disebaliknya. Believe me, tudung saiz besar, sangat sangat sangat selesa. Saya percaya, Allah tetapkan sesuatu untuk kebaikan.. bukan untuk kecewakan hamba-hambanya. Kita takkan tahu hikmah disebaliknya selagi kita tak cuba untuk menghadapinya kan?
Tak lengkap rasanya andai bertudung labuh tapi aurat kecil di kaki dan lengan tak dijaga dengan sempurna. Aurat kecil? Yeee.. aurat kecil yang selalu kita abaikan sedangkan yang kecil tu la yang paling senang dididik untuk dijaga. Duluuuuuuu... saya selalu fikir, kalau pakai stokin kaki ni, susah. Sebab kalau pergi rumah orang, nanti nak buang air kecil take time! kene bukak stokin, lps tu pakai balik. Tak pun, maybe stokin akan basah, lepas tu dah tak selesa. Lepas tu, macam ni macam tu macam ni macam tu.. (banyak betul complaint dalam hati). Tapi sekarang.. kalau tak ada stokin kaki, rasa macam sia-sia ada kaki kalau aurat sekecil tu pun tak mampu dijaga. Apatah lagi aurat lengan. AllahuRabbi.. indah sebenarnya agama Allah ni. Jauh lebih indah dari yang kita sangkakan.. Kuasa Allah, untuk jadikan kita lebih baik dari sebelum ni dengan izin Dia.. siapa tahu, kan?
Semoga perubahan ini memberi manfaat yang baik buat diri saya dan keluarga. Semoga perubahan ini menjadi pendekat buat arwah ayah saya ke Jannatul Firdaus.. Bukan pujian dan kritikan yang saya minta kerana pakaian dan penampilan saya, tapi cukup dengan hanya mendoakan agar saya tetap istiqamah dijalanNya. Because, I am precious in my own way.. Lillahitaa'ala :]
with ♥
AzureenHalim