Monday 23 April 2012

Tips Wajah yang Berkat





Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah.. dapat juga saya siapkan entry yang baru kali ni. Dah lama sebenarnya nak update blog, tapi memandangkan laptop selalu buat hal, jadi terpaksa saya update sedikit demi sedikit untuk siapkan satu entry penuh, memang ambil masa sebelum post entry yang baru ni. Ya Allah.. dugaan pada saya untuk berkongsi banyak perkara melalui laman blog. Tapi, alhamdulillah.. dipermudahkan Allah semuanya (^^)


Bila sebut soal wajah, pasti ramai yang akan cuba berkongsi tips-tips penjagaan, ada jugak yang cadangkan penggunaan produk-produk yang ada dipasaran sekarang, tak kira lah sama ada lelaki atau perempuan, semuanya punya cara penjagaan tersendiri, kan? Tapi bagi saya, itu semua cuma penjagaan wajah secara sampingan. Apa yang kita nak, originality wajah kita bila orang pandang, mendatangkan ketenangan pada hati mereka. Itu yang dikatakan, wajah yang berkat. Even tak pakai mekap pun, still cantik pada pandangan mereka, sejuuuuuuukkk je mata memandang, sebab definisi cantik tu sendiri subjektif, kan? Susah nak describe pada pandangan mata manusia yang berbeza-beza.


Okay, tak apa. Kali ni saya kongsikan tips-tips yang paling senang tapi kene istiqamah untuk diamalkan. Alhamdulillah.. saya sendiri pun sedang cuba amalkan, moga kita sama-sama amal dan peroleh wajah yang berkat. Inshaa-Allah, lelaki atau perempuan, confirm comel-comel belaka nanti. heeee :)



5 Tips Mudah :



  • Berzikir dalam Al-Quran :  Maksudnya, biasakan diri dengan membaca Al-  Quran (bukan mengaji sambil berzikir ye?) sebab zikir tu sendiri bermaksud Al-Quran. Kenapa kene biasakan diri dengan Al-Quran? Sebab dalam kalam Allah itu, ada baaaaanyak sangat doa-doa mustajab, sebagai panduan hidup dan pengajaran serta sunnah nabi saw yang terkandung dalam Al-Quran. Pendek kata, All in one! Insha-Allah, hati  pun makin tenang dan makin beriman. 


"Dzikrullah itu ialah al-Qur’an yang telah Allah turunkan kepada Rasul-Nya, dengannya akan tenang hati orang yang beriman, karena hati tidak akan tenang kecuali dengan iman dan yakin. Dan tidak ada jalan untuk memperoleh keimanan dan keyakinan kecuali dengan al-Qur’an"
[Imam Ibnu Qoyyim]

  • Biasakan diri dengan wudhuk dan sempurnakan solat :  Sentiasa biasakan diri dengan wudhuk tu salah satu daripada sunnah Nabi saw. Banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa menjaga wudhuk pada diri, in fact, wajah yang sentiasa tunduk (sujud) pada Allah swt akan terserlah seri pada wajahnya. Bukan seri biasa tahu? Ada nur. Nur yang bukan semua orang dapat. Itu yang kita nak :)

" Sesiapa yang banyak melakukan solat sunat diwaktu malam (tahajjud), mukanya akan cantik dan bercahaya pada siangnya"
[ HR Ibnu Majah)

  • Perbanyakkan sedekah(senyuman) dan bermanis muka :  Yep, sedekah yang paling ringan sekali ialah sedekahkan senyuman dan bermanis muka. Sebab, melalui senyuman, kita mungkin dah menghiburkan hati orang lain yang tengah down ke, tengah serabut ke, kita tak tahu kan? Pendek kata, dengan senyuman, mungkin kita dah menyenangkan hati orang lain, so menyenangkan hati orang lain itu juga satu ibadah ringan. Ikatan ukhwah terpelihara, ibadah pun terjaga. Sesungguhnya, Allah swt tak suka orang yang sentiasa bermasam muka tau?

" Dan janganlah kamu memperkecilkan perkara baik walaupun sekadar bermanis muka apa bila berjumpa saudaramu"
[Hadis Sahih]

  • Jauhkan diri dari maksiat :   Tahukah anda, definisi maksiat tu sangatlah besar. Dan semua orang tahu kalau melakukan maksiat itu satu dosa.  Tapi, tahukah anda? satu maksiat yang kita buat, sama ada secara sengaja atau tidak bersamaan dengan satu  titik hitam pada hati. Semakin banyak maksiat yang kita lakukan, semakin banyak titik hitam pada hati, sekaligus mengeruh dan menggelapkan wajah kita. So, bersihkan hati kita, sentiasa beristighfar, sentiasa bertaubat, dan jangan dekati maksiat lagi. Jangan! Jangan! Jangan! Kene taubat nasuha. :)

  • Makan makanan yang halal dan dari sumber yang halal :  Indeed. Setiap makanan yang halal, mesti bersumberkan dari sumber yang halal. Katakanlah, kalau kita beli makanan yang halal, tapi dari sumber yang tidak halal, automatik makanan tu jadi makanan yang haram. So, bila kita makan makanan dari sumber yang haram, yang haram tu akan jadi sebahagian daripada darah daging kita dan sekaligus mengeruhkan wajah kita. So, by hook or by crook, pastikan setiap sumber makanan halal kita dalah dari sumber rezeki yang halal jugak. 

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Dan ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati."

[Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]



Ada beza antara wajah yang cantik dan wajah yang berkat. See, Wardina Safiyyah is one of people who got 'wajah yang berkat' ni. Subhana-Allah..  
Let's be one! (^^)



with  
AzureenHalim






Sunday 1 April 2012

Kisah Hantaran Al-Quran..



Buat mereka yang bakal mendirikan baitulmuslim..

“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah.. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba.. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaan i rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnass yaitaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong .” [An-Nahl : 105]

“Barang siapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”
(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


copied : informasi